Khamis, 26 April 2018
DAP Kompromi Dengan Rasuah, Kata Dr Boo
Bekas Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau yang juga penyandang DUN Skudai berkata kepimpinan DAP tidak berguna kerana mereka berkompromi dengan rasuah.
Dr Boo berkata Lim Kit Siang sepatutnya mengajar anaknya, Lim Guan Eng menjadi pemimpin yang baik.
“Boo juga mengatakan kepimpinan DAP harus tahu bahawa jika mereka rosak, mereka bukan sahaja harus berhenti bertanding tapi harus meninggalkan DAP dan tidak mencemarkan nama dan reputasi parti.
“Dari ribuan calon dari berpuluh-puluh parti, hanya satu calon akan bertanding ketika masih berada di bawah satu kes mahkamah jenayah yang sedang berlangsung untuk dua pertuduhan rasuah terhadapnya,”ulas LSS berkenaan kenyataan Boo itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan