MALAYSIA DATELINE
Bekas Pengarah JASA, Datuk Puad Zarkashi berkata, beliau mengambil
keputusan tidak bertanding atas tiket bebas setelah mendapat nasihat
daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor.
“Sebagai rakyat Johor yang setia kepada Rajanya saya patuh kepada
titah Tuanku Sultan Johor kerana saya yakin sudah tentulah Tuanku
memberikan nasihat itu atas kepentingan ‘Bangsa Johor’,” kata Puad dalam
satu kenyataannya.
Kata Puad, beliau juga menjunjung kasih terhadap Tuanku Sultan Johor
di atas keperihatinan, tunjuk ajar dan nasihat beginda yang sudah tentu
banyak hikmahnya.
Puad mengaku, banyak pihak cuba menghubungi beliau untuk mendapatkan
penjelasan kenapa saya membatalkan hasrat untuk bertanding sebagai calon
bebas di P150 Parlimen Batu Pahat.
“Sebagai bangsa Johor, saya akhirnya mengambil keputusan tidak
bertanding atas tiket bebas setelah mendapat nasihat daripada Duli Yang
Maha Mulia Tuanku Sultan Johor,” dalam kenyataan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan