Jumaat, 27 April 2018

PAS umum bertanding satu lagi kerusi DUN Negeri Sembilan

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan mengumumkan pertambahan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan menjadikan jumlah keseluruhannya 27 DUN yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 9 Mei ini.
 
Pesuruhjaya PAS negeri, Mustaffa Daharun mengumumkan perkara tersebut pada ceramah perdana di sini malam tadi yang turut dihadiri Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
PAS mencalonkan Mej (B) Abdul Halim Abu Bakar yang sebelum ini dicalonkan untuk kerusi Parlimen Tampin, bertanding di DUN Gemas.
 
PAS sebelum ini mengumumkan bertanding di kesemua lapan Parlimen dan 26 DUN pada PRU-14 di Negeri Sembilan.
 
 

Tiada ulasan: