JASIN: Faktor Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penceramah utama pakatan
pembangkang dilihat gagal menarik minat orang ramai apabila hanya
kira-kira 200 penduduk hadir pada ceramah pembangkang di Nyalas di sini
malam tadi.
Sebelum ketibaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu
kira-kira jam 9.30 malam, penganjur beberapa kali merayu orang ramai
melalui pembesar suara supaya memenuhkan kerusi yang disediakan.
Malah, kelibat Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang juga
calon Parlimen Hang Tuah Jaya dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Rim yang sebelum itu disebut-sebut hadir, bagaimanapun tidak muncul.
Dalam ucapannya, Muhyiddin tidak membuang masa membuka gelanggang untuk
terus menyerang kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, lapor BH Online.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga seolah-olah mempunyai dendam
peribadi terhadap kepemimpinan Najib apabila cuba menyemai kebencian
rakyat, selain cuba menidakkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan
(GST), pengurangan subsidi dan biasiswa serta bekalan ubat yang didakwa
berkurangan di hospital.
Dalam banyak janji manisnya, Muhyiddin yang juga calon PKR Parlimen
Pagoh dan kerusi DUN Gambir, berjanji pakatan pembangkang akan
meneruskan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika mereka berjaya
mengambil alih Putrajaya selepas PRU-14.
"Saya ditanya orang ramai, apabila kita bentuk kerajaan nanti adakah BR1M akan diteruskan, jawapan saya teruskan.
"BR1M kita berbeza kerana kita akan memastikan ia digantikan melalui
program bantuan bersasar, sebab itu, PRU-14 ini orang kata ibu segala
pilihan raya untuk kita menumbangkan kerajaan Umno-BN," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan