MARANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kes saman
fitnah terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown, akan mula
bicara pada Isnin di London.
“Keputusan mungkin beberapa hari selepas itu…kita dah hantar segala
dokumen melalui peguam kita di sini dan peluang kita menang: 80%,”
katanya di satu ceramah di Pasar Binjai Rendah, Marang semalam.
Hadi turut memaklumkan PAS menggunakan khidmat peguam yang pernah
menguruskan kes saman terhadap satu akhbar British pada 2007 yang
menuduh beliau mempunyai kaitan pengganas.
“Kita bicara di mahkamah di England dan kita menang dan akhbar itu kena bayar kepada saya RM400,000,” katanya lapor FMT.
Menurut Hadi, belanja kewangan PAS untuk kes saman terhadap Sarawak Report mencecah RM1 juta.
“Ada orang PAS yang kaya-kaya yang tolong kita bayar dulu, selepas itu kita kutip derma balik untuk bayar,” katanya.
Hadi memfailkan saman di Mahkamah Tinggi London pada April 2017 susulan artikel yang ditulis Clare pada 6 Ogos 2016.
Sarawak Report menaikkan laporan yang mendakwa RM90 juta “dikatakan”
dimasukkan ke dalam akaun pimpinan atasan PAS untuk “menarik” mereka
menyokong Umno dan Barisan Nasional.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan