Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata larangan
penggunaan alat dan kenderaan tersebut pada hari penamaan calon kerana
ambil kira faktor keselamatan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata larangan penggunaan alat dan kenderaan tersebut pada hari penamaan calon kerana mengambil kira faktor keselamatan.
“Penggunaan paraglider, dron adalah salah (pada hari penamaan calon). Pasukan Gerakan Udara (PGU) bertanggungjawab membuat kawalan dan memberikan keutamaan terhadap aspek penggunaan dron dan sebagainya.
“Ini (penggunaan paraglider dan dron) adalah di bawah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia. Sekiranya mahu menggunakan dron dan paraglider perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis amanat dan perjumpaan bersama 500 petugas PRU14 yang terdiri daripada PGU, Komando 69, Pasukan Gerakan Am dan Pasukan Simpanan Persekutuan di Pangkalan Latihan PGU hari ini.
Selain itu, Zulkifli berkata pegawai dan polis di semua negeri yang ditugaskan pada hari penamaan calon sudah bersiap sedia untuk memastikan proses penamaan calon berjalan dengan teratur dan lancar.
“Setakat ini saya tidak nampak ada sebarang masalah dan saya harap semua yang terlibat akan ikut nasihat polis termasuk ketua polis negeri dan daerah yang bertanggungjawab di kawasan masing-masing,” katanya.
Beliau turut mengingatkan semua pihak agar menghormati tatasusila dan mengikut peraturan yang ditetapkan bawah peraturan dan undang-undang pilihan raya antaranya calon perlu memohon permit terlebih dahulu sebelum mengadakan ceramah dan sebagainya.
“Saya percaya semua ketua polis daerah sudah memberikan penerangan tentang hal ini (permohonan permit) dan di mana boleh didapatkan borang untuk mohon permit.
“Kita perlu laksanakan kempen secara tertib supaya tidak menggugat ketenteraman awam dan pengundi dapat melaksanakan tanggungjawab mereka pada hari mengundi 9 Mei nanti,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan