JOHOR BAHRU: Sebuah pusat pemindahan dibuka di Segamat, pagi ini, membabitkan pemindahan tujuh mangsa daripada dua keluarga.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan
Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat, berkata sehingga 9 pagi ini, dua
pusat masih dibuka menempatkan 17 mangsa daripada enam keluarga di
Segamat, berbanding 10 mangsa daripada empat keluarga pada jam 9.30
malam tadi.
Katanya, satu pusat pemindahan baharu dibuka pada jam 8.30 pagi tadi di
Sekolah Agama Kuala Paya, Segamat, berikutan banjir di Kampung Kuala
Paya.
"Sekolah Agama Kuala Paya dibuka pagi ni berikutan paras air Sungai
Muar, Buloh Kasap, mencatatkan peningkatan iaitu 8.90 meter, berbanding
8.88 meter pada bacaan terdahulu.
"Pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Balai Badang, Segamat, tiada
perubahan direkodkan dan masih kekal menempatkan seramai 10 mangsa
daripada empat keluarga," katanya dilapor BH Online.
Ayub berkata, cuaca ketika ini mendung dan agensi berkaitan memantau secara berterusan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan