BAHAU: Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun meninggal dunia
selepas mengadu tidak sihat ketika sedang mencari kerja di sebuah pusat
perniagaan di sini, tengah semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim,
berkata Amiratul Hakimah Ismail dari Kampung Kasau, Batu Kikir dekat
sini, bersama seorang rakannya dihantar ke situ oleh ibu serta bapanya
pada jam 12.30 tengah hari.
"Tidak lama kemudian, mangsa memberitahu rakannya dia mahu pitam
sebelum rebah. Dia kemudian tersedar selepas dikejutkan dan sempat
memberitahu mahu muntah.
"Dia dipapah untuk duduk di kerusi berhampiran sebelum kelihatan tercungap-cungap dan tidak sedarkan diri," katanya.
Muhd Nur Hishamuddin berkata, orang ramai menghubungi ambulans namun
pegawai perubatan yang tiba kemudian mengesahkan dia sudah meninggal
dunia.
Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah
siasat bagi mengenal pasti punca kematian dan kes diklasifikasi sebagai
mati mengejut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan