Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar & Shuhaniza Said
SHAH ALAM: Walaupun hanya memiliki satu kerusi di Dewan Rakyat ketika
ini, PPBM diberikan paling banyak kerusi Parlimen di semenanjung untuk
bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin
Abdullah mengumumkan PPBM akan bertanding di 52 kerusi Parlimen
berbanding 51 oleh PKR, DAP (35) dan Amanah (27).
"Maka dengan ini kami bersepakat dan bersetuju dengan muafakat bersama
ini sebagai perjanjian yang mengikat parti-parti kami," katanya.
Keputusan agihan kerusi itu dicapai menerusi mesyuarat PH yang berlangsung malam tadi.
Dr Mahathir ketika berucap di Konvensyen PH, petang tadi berkata agihan
kerusi di antara empat parti itu berjaya kerana sikap kompromi Amanah.
Beliau dilihat cuba mengambil hati Amanah, khususnya pimpinan Johor
parti itu yang memulau Konvensyen PH kerana diberi hanya dua kerusi
Parlimen untuk bertanding di negeri berkenaan.
Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menasihati Amanah khususnya
di Johor agar menghormati keputusan yang dicapai pimpinan tertinggi PH
demi kelangsungan politik mereka.
Beliau juga menyeru pemimpin serta ahli PH agar tidak mensabotaj
calon-calon PRU yang mana akhirnya hanya akan menggagalkan agenda
pembangkang untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) pada PRU14.
PH sebelum ini berkata gagasan pembangkang itu tidak tergesa-gesa untuk
mengumumkan senarai calon PRU14 untuk mengelakkan 'tumbuk-menumbuk'
sesama mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan