KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 7 Januari depan bagi
pendengaran injunksi erinford yang difailkan ADUN Salor, Datuk Husam
Musa berhubung Wisma Tok Guru
Pada prosiding hari ini juga permohonan asal Husam selaku plaintif,
secara ex parte telah ditukar kepada pendengaran secara inter parte.
Peguam defendan, Nik Bahrum Nik Abdullah berkata, permohonan plaintif
membuat perbicaraan ex parte tidak berjaya bahkan perbicaraan Ahad ini
akan melibatkan kedua-dua belah pihak.
“Hakim membuat keputusan itu setelah mendengar hujahan dikemukakan
pasukan peguam Mohd Yasin Yusof,” katanya dipetik Harakahdialy.
Perbicaraan itu dikendalikan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Bache.
Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak permohonan injunksi dikemukakan
Husam terhadap pemilikan tanah menempatkan Wisma Tok Guru di Mukim
Pendek.
Berikutan itu Husam yang juga Naib Presiden Amanah mengemukakan
rayuan ke Mahkamah Rayuan. Pengurusan kes itu ditetapkan pada 19 Januari
ini.
Perebutan antara Husam dan PAS bermula selepas Wisma Tok Guru dibeli
Setiausaha Kerja PAS Kelantan Mohd Yasin Yusoff dengan harga RM700,000
dari balu Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim, pemilik asal tanah dan
bangunan itu.
Husam pula mendakwa Rosli ketika hayatnya telah mengeluarkan surat atas
nama isterinya menyatakan bangunan itu boleh digunakan Amanah "sampai
bila-bila".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan