Ahad, 7 Januari 2018

Mangsa banjir Kemaman kekal 948 orang

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Jumlah mangsa banjir di Kemaman kekal 948 mangsa daripada 207 keluarga setakat pukul 8 pagi ini, kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman.
 
Beliau berkata ketika ini, Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok menempatkan 843 orang daripada 189 keluarga, manakala Surau Pulau Tempurung pula menempatkan 105 mangsa daripada 18 keluarga.
 
Sekolah tersebut tidak dapat beroperasi untuk sesi pembelajaran ekoran digunakan sebagai pusat pemindahan sementara.
 
Che Adam berkata kesemua 948 mangsa banjir itu dijangka dibenarkan pulang pada pagi ini memandangkan banjir sudah surut sepenuhnya.
 
"Jika keadaan telah beransur pulih keseluruhannya, dua pusat pemindahan sementara itu akan ditutup sepenuhnya, tertakluk kepada keputusan Pegawai Daerah Kemaman," katanya

Tiada ulasan: