SHAH ALAM: Datuk Seri Azmin Ali akan terus bertanding di kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar itu, Shuhaimi Shafiei.
"Semua itu hanya khabar angin," katanya mengulas desas-desus yang
mengatakan Azmin yang juga timbalan presiden PKR itu akan bertanding di
Parlimen Shah Alam.
Shuhaimi juga menafikan cakap-cakap bahawa Azmin enggan pertahankan
kerusi sedia ada berikutan takut kalah disebabkan semakin kurang
sokongan.
Tambahnya, Azmin sudah menang dua kali di kerusi itu dan akan terus
berkhidmat kepada pengundi yang memberinya mandat pada dua PRU sebelum
ini.
“Gombak, Shah Alam, Kota Raja dan beberapa cabang lain seperti Ampang dan Pandan juga antara kubu kuat PKR sejak 1999.
“Atas semangat berkongsi kuasa kita bersama rakan-rakan lain bertolak ansur untuk kemenangan,” katanya.
ADUN Seri Muda itu berkata, jadi tidak timbul soal lari kawasan dan
sekiranya berlaku perubahan ia lebih kepada strategi kemenangan Pakatan
Harapan secara keseluruhan.
Terdahulu, media melaporkan Azmin dijangka akan bertanding di Parlimen Shah Alam pada PRU14 nanti.
Sumber memaklumkan, permintaan kepada kerusi parlimen tersebut ada
dalam perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Raya Harapan Selangor
yang ke-2 di Pejabat Jabatan Pilihan Raya PKR negeri di Vista Alam, di
sini, Khamis lalu.
Selain Azmin, khabar angin juga bertebaran kononnya Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin juga tidak akan mempertahankan kerusi yang disandangnya selama dua penggal itu dan bertanding di Parlimen Hulu Langat.
Selain Azmin, khabar angin juga bertebaran kononnya Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin juga tidak akan mempertahankan kerusi yang disandangnya selama dua penggal itu dan bertanding di Parlimen Hulu Langat.
Zuraida ketika ditemui pemberita semalam berkata tidak menolak
bertanding di kerusi lain, jika diarahkan parti untuk berbuat demikian
bagi meluaskan lagi pengaruh Wanita PKR.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan