KUANTAN: Keadaan banjir di negeri ini beransur pulih berikutan cuaca baik sejak Sabtu lalu.
Sehingga jam 6 petang tadi, bilangan mangsa banjir di Pahang
berkurangan kepada 370 mangsa membabitkan 99 keluarga, yang ditempatkan
di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).
Menurut laman infobanjir.jkm.gov.my, jumlah mangsa banjir di daerah
Pekan ialah 281 orang daripada 75 keluarga, yang ditempatkan di lima
PPS, diikuti daerah Maran seramai 41 mangsa daripada 11 keluarga di PPS
Balai Raya Kampung Baru Pertanian di daerah itu.
Di Lipis, jumlah mangsa banjir ialah 48 orang membabitkan 13 keluarga
berbanding 30 orang daripada tujuh keluarga pada tengah hari tadi, yang
ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chegar Perah.
Memetik laporan BH Online, sehingga jam 5 petang, sebanyak dua sungai di negeri ini melepasi tahap merah atau bahaya iaitu Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan (10.91 meter) dan Kuala Sungai Chini, Pekan (15.22 meter).
Memetik laporan BH Online, sehingga jam 5 petang, sebanyak dua sungai di negeri ini melepasi tahap merah atau bahaya iaitu Sungai Pahang di Paloh Hinai, Pekan (10.91 meter) dan Kuala Sungai Chini, Pekan (15.22 meter).
Selain itu, Sungai Pahang di Lubuk Paku melepasi tahap jingga atau
amaran iaitu 18.71 meter, manakala tiga sungai berada pada tahap
berjaga-jaga iaitu Sungai Jelai di Bukit Betong (70.01 meter), Sungai
Pahang di Kampung Chenor, Maran (21.29 meter) dan Sungai Pahang di Pekan
(2.61 meter).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan