Ahad, 14 Januari 2018

Kedah sokong tubuh RCI Memali

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kerajaan negeri pimpinannya menyokong sekiranya Jawatankuasa Siasatan Diraja (RCI) Memali ditubuhkan bagi menyiasat peristiwa berdarah yang berlaku 33 tahun lalu di kampung berkenaan. 
 
Menurut Ahmad Bashah juga, kerajaan negeri sudah pasti akan sama-sama membantu dalam penyiasatan itu kerana tragedi berdarah itu berlaku di negeri ini sendiri.
 
Beliau berkata demikian pada Majlis Pecah Tanah Lot 1105 dan 1106 bagi projek perumahan milik Syarikat SK Grand Development di Mukim Langgar, semalam.
 
Sebelum ini, terdapat gesaan dari keluarga mangsa tragedi itu yang tidak berpuas hati dengan kejadian berkenaan dan mahukan RCI Memali ditubuhkan.
 
Peristiwa Memali tercetus pada November 1985 iaitu ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, ekoran tindakan pihak keselamatan mahu menahan guru agama,  Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya atas dakwaan mengancam keselamatan negara.
 
Insiden itu mengorbankan 18 orang termasuk Ibrahim dan empat anggota polis, dan menyaksikan penahan lebih beratus orang.
 
 

Tiada ulasan: