SUNGAI PETANI: Pendakwah bebas, Murtadha Mohd Yusof, 31, yang meninggal
dunia kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi di Hospital Taiping
selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Penghulu Him di
sini, Sabtu.
Ibunya, Noorshams Mohd Nazir, 60, berkata, anak ketiganya itu mendapat
rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selama 11 hari selepas
kereta dipandunya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer
200.9 Lebuh Raya Utara Selatan pada 3 Januari lalu pada pukul 7 malam.
"Dia alami kecederaan serius di bahagian kepala dan kali terakhir saya
melihatnya Khamis lalu, kira-kira pukul 11 pagi di hospital itu.
"Turut alami kecederaan dalam kemalangan itu, termasuk dua rakanya,
Mohamad Wadi Anuar Ayub dan Hambali Zulkifli serta bapanya sendiri,
Yusof Ahmad, 63 tahun," katanya ketika ditemui dirumahnya di Kampung
Bakar Kapor, Sungai Petani di sini.
Noorshams berkata, mereka sebelum itu berpeluang mengadakan kuliah agama di Riau, Indonesia.
"Sewaktu dalam perjalanan balik ke Sungai Petani, mereka dikatakan turun dari menaiki kapal terbang di KLIA.
"Bagaimanapun, kereta jenis Nissan Grand Livina yang mereka naiki itu
sebelum sampai di Sungai Petani dipercayai terbabas semasa tiba di
Taiping dan anak saya, Murtadha terus tidak sedarkan diri dan meninggal
dunia akibat mengalami pendarahan dalam otak," katanya.
Menurutnya, anaknya itu merupakan bekas pelajar Sekolah Agama Deris
Sungai Layar di sini dan sering diundang menyampai ceramah agama di
negeri Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan