KUALA LUMPUR: Hujan lebat dijangka melanda beberapa daerah di Johor, Pahang dan Sarawak bermula Rabu ini hingga Jumaat.
Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional, Jabatan Meteorologi Malaysia
dalam kenyataan hari ini, berkata amaran cuaca waspada itu membabitkan
Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kulai di Johor.
Di Pahang pula kawasan terbabit ialah Maran, Rompin, Pekan dan Kuantan,
manakala di Sarawak membabitkan Mukah, Sibu, Sarikei, Betong, Sri Aman,
Samarahan, Serian dan Kuching.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan