PASIR SALAK: PAS mencipta sejarah
buat pertama kali sejak dari kemerdekaan tahun 1957, apabila berjaya
mengadakan ceramah sempena penubuhan Jawatankuasa Penaja PAS Kampung
Setia, Kampung Gajah, di sini semalam.
Yang DiPertua PAS Kawasan Pasir Salak, Ustaz Mustafa Shaari
berkata, ramai penduduk di Pasir Salak itu berketurunan darah pahlawan
Datuk Sagor dan Datuk Maharajalela.
"Tempat ceramah malam ini tak jauh dari tebing Sungai Perak tempat
di mana J.W.W Birch dibunuh oleh Datuk Maharajalela," ujarnya
membangkitkan semangat perjuangan hadirin.
Program ceramah sempena penubuhan tersebut telah turut diisi oleh
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim yang dalam ucapannya
menyatakan kebanggaan terhadap keberanian orang Pasir Salak menembusi
antara kubu Umno paling kebal sehingga boleh ditubuhkan Cawangan PAS.
"Saya beruntung boleh menumpang sebahagian dari keberanian ini.
Kalau tak berani masakan J.W.W Birch boleh menemui ajal di sini di
tangan pahlawan Pasir Salak. Insya-Allah sifat garang ini akan
dimanfaatkan untuk mempertahankan Islam," ujarnya menyuntik semangat. - HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan