ANTARA contoh pendekatan populis dalam politik
adalah apa yang ditawarkan oleh pemuda PH sebagai janji jika menang
PRU14. Mereka mahu berikan hak penyiaran EPL kepada RTM. Dengan erti
kata lain, siaran tersebut bakal diberikan percuma kepada rakyat.
Persoalannya,
1. Apakah keperluannya anak muda dengan EPL? Apakah ianya satu
perkara bersifat doruri? Apakah ia adalah masalah utama anak muda yang
membawa kepada pengangguran dan ketirisan intelektualiti?
2. Apakah berbaloi untuk membelanjakan sekurang-kurangnya 1 bilion
ringgit untuk mengambil alih hak penyiaran EPL daripada astro? Apakah
sudah tiada keperluan lain untuk dibelanjakan jumlah wang sebesar itu?
Apakah rakyat sudah kaya raya?
3. Apakah PH mampu melakukannya secara realiti? Ia terikat dengan
kontrak dan pihak swasta. Atau apakah ia hanya sandiwara PRU sebagaimana
janji DAP untuk menghaluskan tol di Penang semasa PRU13 dahulu?
4. Kenapa perlu menjanjikan hiburan kepada anak muda sebagai
manifesto PRU? Adakah itu menggambarkan wawasan pemuda PH? Hedonisme?
Bukan menolak hiburan, tetapi adakah ianya prioriti dan fundamental
dalam membina generasi masa hadapan?
5. Bukankah dalam PH ramai so called profesional, progresif, proton?
Takkan ini sahaja tawaran untuk anak muda? Bukankah Pemuda PH ada
armada, ada AMK, ada macam-macam lagi nama bombastik? Kenapa tidak ada
langsung idea membina untuk generasi masa depan negara?
Inilah pendekatan politik populis yang ditentang oleh PAS. Asal
sahaja satu perkara disukai oleh (sebahagian) rakyat, kita gunakan untuk
raih sokongan tanpa ambil kira baik buruk untuk negara.
Inilah bentuk politik populis yang memperbodohkan rakyat. Mereka
hanya menabur janji tetapi ia sangat kabur dari realiti. Sangat tak
logik. Percayalah, ia hanya pembohongan sebagaimana yang selalu BN
taburkan dalam kempen pilihan raya. Sama sahaja.
Inilah populis yang merosakkan negara. Menjulang demokrasi sampai
hanyut dengan kehendak jahiliah. Sepatutnya pemimpin perlu memimpin,
bukan mengikut trend pengikut.
Maaf. Populis bukan budaya politik Islam. Ia budaya politik barat
yang sedang menuju kehancuran. Belajarlah dari keruntuhan yang sedang
melanda Amerika.
Dunia sudah bercakap mengenai Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Dunia sudah berwacana mengenai Fourth Political Theory. Jangan bawa rakyat ke medan politik primitif lagi. – HARAKAHDAILY
Dunia sudah bercakap mengenai Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Dunia sudah berwacana mengenai Fourth Political Theory. Jangan bawa rakyat ke medan politik primitif lagi. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan