Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
SHAH ALAM: Terbukti Amanah parti paling lemah dan tidak dipandang dalam
Pakatan Harapan (PH) apabila hanya mendapat 27 kerusi Parlimen untuk
ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), kata AJK PAS Pusat
Datuk Khairuddin Aman Razali.
Justeru Khairuddin berkata beliau yakin PH sengaja menghantar Amanah
untuk memecahkan undi PAS sekali gus memenangkan seteru politik
tradisinya, Umno Barisan Nasional (BN).
"Memang PAN (Amanah) digunakan untuk mengalahkan PAS melawan Umno.
"Semua orang tahu PAS akan lawan Umno disemua kerusi-kerusi tradisi
sekurang-kurang 80 kerusi Melayu. PAN (Amanah) hanya digunakan untuk
Umno menang," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Khairuddin bertegas PAS sendiri melalui jalan sukar untuk berdepan
dengan Umno BN pada setiap kali PRU, justeru PH sepatutnya sedar serta
akur bahawa Amanah tidak akan mampu mengalahkan Umno BN sebagaimana yang
diharapkan.
Malah, Khairuddin menjangkakan Amanah akan tewas di kesemua 27 kerusi yang PH peruntukkan pada parti itu.
"Ya saya rasa itu, (PH kalah 27 kerusi tersebut) kerana mereka rasa itu
kekuatan yang ada pada PAS, kalau PAS yang begitu lama pun tak mudah
nak kalahkan Umno apatah lagi PAN (Amanah) yang baru tubuh.
"Jadi biarkan PAS lawan Umno, PAN tak payah bertandinglah 27 kerusi tu
duduk rehat sajalah, tolong parti lain untuk menang," katanya kepada
Antarapos.
Ujar beliau lagi, Amanah kini tidak lagi boleh mendabik dada terutama
dengan PAS, selepas mendapat bilangan kerusi Parlimen tercorot dalam PH.
"Sekarang ni menunjukkan betapa lemahnya PAN (Amanah) dalam PH (kerana)
tak boleh buat apa, dulu pun begitu juga. Mereka dulu yang memimpin PAS
lemah dalam berunding dengan PR.
Tambah Khairuddin, Amanah kini terpaksa mengambil sikap berlapang dada
bukan kerana mereka ikhlas berbuat demikian tetapi lebih kepada mahu
menutup kekecewaan yang dialami.
Pada Konvensyen Pakatan Harapan kelmarin, Amanah diberi 27 kerusi parlimen, paling sedikit berbanding tiga parti komponen lain.
PPBM mendapat 52 kerusi, PKR (51 kerusi) dan DAP (35 kerusi), sekaligus
menyebabkan Amanah peringkat Bahagian menyifatkannya sebagai “hari
duka”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan