SHAH ALAM: Amanah Johor memboikot Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang
berlangsung hari ini berikutan tidak berpuas hati dengan pembahagian
kerusi Parlimen Johor sesama parti-parti komponen gabungan pembangkang
itu.
Pekrara itu disahkankan Pengerusi Amanah Johor, Amiroulhuda Hassan
dengan berkata tindakan itu diambil kerana partinya hanya diberi dua
kerusi Parlimen sahaja untuk bertanding di dalam Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) akan datang.
"Kita minta lima kerusi Parlimen tapi dapat dua kerusi, Parit Sulong dan Pulai saja.
"Kita ingat tak payah datang. Semua pemimpin Amanah Johor tak datang," katanya memetik laporan sebuah portal.
Dilaporkan PH telah memuktamadkan soal pembahagian kerusi Parlimen di
Semenanjung Malaysia di antara empat parti menerusi mesyuarat yang
berakhir kira-kira 8.30 malam tadi.
Ketidakpuasan hati itu timbul selepas Amanah hanya mendapat dua kerusi
Parlimen di Johor, manakala PPBM bertanding 10 kerusi, PKR dan DAP
masing-masing sebanyak 8 dan 6 kerusi.
"Kita nak setimpal seperti apa yang komponen lain terima. Kita
sama-sama bangunkan PH di Johor ini dan hubungan ini bermula telah lama
dulu sejak Pakatan Rakyat lagi.
"Kita juga berkorban dengan meninggalkan PAS dan menubuhkan Amanah demi
bersama PH. Jadi sekurang-kurangnya kita mahukan angka yang setimpal
dan seimbang dengan rakan komponen lain.
"Kita bukan minta banyak kerusi, cuma lima. Tapi akhirnya dapat dua
saja. Itu yang kita tak puas hati," kata sumber sebuah portal yang
merupakan seorang pemimpin Amanah.
Dikatakan dalam mesyuarat malam tadi juga, PH sudah memuktamadkan calon
perdana menteri dan timbalannya, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dimana ia akan diumumkan di dalam
konvensyen PH hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan