Sembilan
anggota bot Boarding Team KD Perdana yang ditemui selamat petang
semalam selamat tiba di Markas Wilayah Laut 1 (MAWILLA1) Pangkalan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Tanjung Gelang, dekat sini jam 10
pagi tadi. - Foto Sinar Harian
Ketibaan mereka selepas terputus hubungan kira-kira 54 jam disambut sendiri Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan ahli keluarga yang menunggu sejak jam 8 pagi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bot KD Perdana ditemui selamat]
Pegawai dan anggota terlibat bersama ahli keluarga kemudiannya menyertai perjumpaan bersama Tan Sri Ahmad Kamarulzaman sebelum diadakan sidang media.
Suasana pilu menyelubungi suasana apabila keluarga dan anggota terlibat gagal mengawal perasaan apabila dapat bertemu orang tersayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan