Isnin, 22 Mei 2017

PAS tiada kaitan 'Ceramah Rakyat' BN malam ini

Susan Loone
 
PAS Pulau Pinang menafikan parti itu akan mengambil bahagian dalam acara yang dipanggil 'Ceramah Rakyat' bersama beberapa parti komponen BN.

Poster digital acara itu yang tersebar di media sosial menyatakan ia akan dihadiri oleh para penceramah dari kalangan pemimpin tertinggi BN bagi memberi analisis terperinci keadaan politik semasa.

Ia sepatutnya diadakan di Dewan Akira di Jalan Tenggiri, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, PAS tidak ada kena mengena dengan ceramah itu, yang dijadualkan pada pukul 9 malam ini.

"PAS tidak beri kebenaran kepada mana-mana pemimpin kami di Pulau Pinang untuk menghadiri ceramah dan berucap bagi pihak parti.

"Kami rasa poster yang memaparkan logo PAS adalah cubaan berniat jahat oleh pihak tertentu untuk memberi imej buruk seolah-olah PAS bersama BN," ," kata Muhammad Fauzi.

Logo PAS itu muncul bersama-sama dengan logo Umno, BN, MIC, MCA dan Gerakan, antara lain.

Tiada ulasan: