Oleh Athirah Hanapiah, Nur Atiqah Abd Samad & Wan Anis Ilyani Wan Mohd Azhar
SHAH ALAM: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM),
Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersetuju sekiranya Pakatan Harapan (PH)
memilih bakal calon Perdana Menteri bagi parti itu sebelum tibanya
Pilihan Raya Umum (PRU) ini, namun enggan menamakan calon pilihan.
“Saya setuju sebaik-baiknya calon Perdana Menteri ini diumumkan sebelum
Pilihan Raya Umum (PRU),” katanya kepada media selepas menghadiri
perasmian Kongres Nasional Taunan Keadilan ke-12 di Dewan Raja Muda
Musa, Shah Alam.
Dalam pada itu, ketika menghadiri kongres, kelihatan Mukhriz dan
bapanya, Tun Mahathir Mohamad mahupun presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin
Yassin tidak memegang plakad menyokong Anwar sebagai calon Perdana
Menteri ke-7
Ketika ditanya alasan tindakan beliau dan bapanya itu, Mukhriz berkata : “Saya tidak diberi sebarang plakad.
“Saya rasa dia (Mahathir) sibuk bergambar, jadi dia tak sempat pegang pelekat itu”, katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan