Oleh Shuhaniza Said & Ainor Rahim
ALOR SETAR: Pemuda PAS berikrar menguasai sekurang-kurangnya 60 peratus
undi orang muda pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) akan datang.
Ketuanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi yang baru sahaja memegang mandat
itu berkata sebagai sayap kanan parti, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPM)
akan terus menggerakkan jentera Pemuda, sebaik sahaja Muktamar PAS kali
ke-63 melabuhkan tirai, hari ini.
"Sehubungan itu, bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) 14 DPPM telah
meletakkan satu objektif untuk menguasai sekurang-kurangnya 60 peratus
undi orang muda di setiap DUN dan Parlimen yang ditandingi oleh PAS.
"Kami akan memikul tugas untuk menggerakkan anak-anak muda bagi
melakukan perubahan kepada negara mengikut tema ke arah mendaulatkan
Islam dalam kerangka perlembagaan sedia ada," katanya dalam ucapan
penggulungan pada hari terakhir Muktamar PAS Pusat kali ke-63, di sini
hari ini.
Baru-baru ini Khalil diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan
Ketua Pemuda menggantikan Nik Abduh Nik Aziz pada pemilihan kali ini.
Dalam pada itu, Khalil dalam ucapan sulungnya turut berkata meskipun
terbit 'suara-suara' yang memandang sinis PAS sebagai parti 'Pak Lebai'
namun katanya parti itu terbukti bersih daripada kekotoran politik
sekular duniawi semata-mata.
"Sesungguhnya Parti Pak Lebai inilah yang telah berjaya 'melebaikan' golongan profesional dan aktivis.
"Parti Pak Lebai inilah yang akan menjadi benteng utama mempertahankan Islam dalam negara" tambahnya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin dilaporkan
melabelkan Nik Abduh Nik Aziz sebagai 'tok lebai' yang tersungkur di
kawasan sendiri.
Khalil juga menegaskan bahawa sayap Pemuda berdiri teguh di belakang
kepimpinan ulama yang telah membuktikan kelangsungan PAS melalui
pelbagai rintangan dan ujian sama ada dalaman mahupun luaran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan