ALOR SETAR - Pas hanya ingin menukar kerajaan yang dipimpin BN, bukan tukar kakitangan kerajaan sedia ada, kata Naib Presiden Pas, Datuk Ir Iskandar Abdul Samad.
Beliau berkata, perkara itu perlu diperjelaskan kepada seluruh masyarakat supaya mendapat maklumat yang sebenar menjelang PRU14 nanti.
"Ini yang perlu kita tegaskan bahawa masa depan mereka (kakitangan kerajaan) adalah selamat.
"Ramai yang anggap kita akan ubah kakitangan kerajaan kalau berlaku perubahan kerajaan, tidak benar," katanya.
Menurutnya, Pas memberi jaminan bahawa pekerjaan setiap kakitangan kerajaan adalah selamat dan terjamin.
"Sempena sambutan hari pekerja, saya bagi jaminan nasib pekerja akan terpelihara jika Pas menang PRU14.
"Kita lihat sekarang ini majikan akan ambil tindakan tertentu untuk menghadapi tekanan ekonomi dan yang menjadi mangsa adalah pekerja itu sendiri," katanya.
Ujarnya, Pas akan memastikan setiap pekerja mendapat hak dan pembelaan sewajarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan