Pakatan Harapan (HARAPAN) telah menerima lebih daripada 130 cadangan logo.
"Seperti yang umum sedia maklum, pada 4 Mei lalu, HARAPAN telah mengalu-alukan cadangan-cadangan logo Pakatan Harapan dari orang ramai.
"Dan untuk pengetahuan semua, sehingga jam 6 petang hari ini, iaitu lebih dari dua hari sejak makluman dibuat, kami telah menerima lebih daripada 130 cadangan logo," kata gabungan tersebut dalam kenyataan.
Dua hari yang lalu, selepas cadangannya dihentam teruk, HARAPAN mengalu-alukan orang ramai menghantar rekaan logo mereka untuk digunakan gabungan itu dalam pilihan raya.
“Setelah mengambil kira dapatan dan pandangan umum yang telah diberi, serta berpandukan pandangan dari kalangan pimpinan HARAPAN, pihak media pakatan mengalu-alukan cadangan balas reka bentuk logo Pakatan Harapan dari pihak yang berminat,” menurut kenyataannya.
Sebelum ini, HARAPAN menyenarai pendek tiga rekaan berbentuk gambar matahari separuh dengan perkataan HARAPAN berwarna merah dan kuning serta satu logo dengan lambang ibu jari terangkat.
Rata-rata pengguna menyelar rekaan itu yang menurut mereka buruk. Malah ada yang menyindir logo tangan itu mirip logo jenama produk kacang tanah terkenal.
Mengulas lanjut, HARAPAN mengucapkan terima kasih kepada semua pereka grafik, artis seni visual dan sesiapa sahaja yang meluangkan masa untuk membuat rekaan logo berkenaan.
"Bagi pihak keluarga besar Pakatan Harapan, kami ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pereka grafik, artis seni visual dan sesiapa sahaja yang telah meluangkan masa untuk membuat rekaan logo Pakatan Harapan.
"Jumlah cadangan yang besar ini adalah tanda sokongan moral serta minat begitu ramai rakyat Malaysia terhadap imej, perkembangan dan halatuju Pakatan Harapan sebagai sebuah pakatan politik menuju Pilihanraya Umum ke-14," katanya.
HARAPAN terus mengalu-alukan cadangan logo dari orang ramai dan cadangan-cadangan logo ini boleh dihantar sehingga jam 10 pagi, Selasa 9 Mei 2017.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan