Oleh shahil
Duri
dalam daging membawa padah. Duri dalam daging punca bisul dan nanah.
Maka duri itu wajib dikeluarkan. Duri walau kecil, tetap menusuk dan
menyakitkan paling tidak membuat ketidakselesaan.
Apabila
Islam dibenci, apabila parti islam ditolak, memang ia dirasakan macam
duri dalam daging.
Demikianlah pas bagi dap, bersatu, pkr dan pan. Pas
dilihat sebagai duri yang menusuk. Tidak hairan kerana nafsu ammarah
memang begitu apatah lagi bukan islam. Islam adalah musuh bebuyutan,
jamaah islam digasak sehabis upaya.
Dalam pas juga ada duri dalam
daging. Walau selepas muktamar, dikatakan duri dalam daging telah bersih
dikeluarkan, namun bagi penulis masih ada lagi satu duri. Secara jujur
bagi penulis, mahfuz omar adalah satu-satunya duri yang masih ada dalam
daging pas. Mahfuz ini semakin hari semakin lantang mengecam pemimpin
pas yang dipilih secara syura, semacam bukan duri semalu lagi tapi duri
pelepah sawit, semakin hari semakin mencucuk.
Kata mahfuz, dia
mengkritik pas untuk memperbaiki pas. Agaknya pas sudah rosak kerana
meninggalkan dap dan pakatan juga pkr dan amanah. Dan bagi pakatan
harapan, mahfuz semacam hero. Mengecam pas samalah membantu lawan pas.
Kecamannya menjadi bahan untuk lawan pas membantai pas.
Benarkah
pas sudah rosak atau mahfuz yang rosak. Bagi penulis, mahfuzlah yang
rosak, rosak kerana nafsu.
Mungkin mahfuz melihat harapan pakatan
menang adalah tinggi maka mahfuz memperlihatkan sikap pro pakatan
walaupun tidak keluar pas. Kalau pas menang, dia tetap ahli pas, dan
kalau pakatan menang dia mengharap atas sikapnya pakatan akan
melantiknya sekurang-kurang sebagai think thank kerajaan pakatan.
Atas
sikap ini tidak mustahil mahfuz akan dilihat sebagai kebuloq jawatan.
Kebuloq jawatan adalah istilah mahfuz yang dihalakan kepada rakan pasnya
di selangor. Maka tidak salah mahfuz menerima pakai istilahnya sendiri.
Hendak
memperbaiki pas katanya. Yang seorang hendak memeprbaiki yang ramai.
Sebab apa juga keputusan pas adalah melalui syura, dibincang
beramai-ramai dan diambil keputusan. Itulah kehendak islam.
Tapi mahfuz
seorang diri, secara mono, kearah diktator. Mahfuz meninggalkan kaedah
syura beralih kekaedah diktator. Dia seorang mahu memperbaiki kunun,
jamaah syura. Mungkin bagi mahfuz, pakatan juga syura, ahlinya lim kit
siang, mat sabu, azmin ali dan kak zizah. Kemudian lim kit siang menjadi
kata pemutus. Itulah syura pakatan agaknya.
Tapi pas masih
bersikap lembut. Mahfuz tidak disingkirkan dari pas. Mungkin mahfuz
tidak lagi akan menjadi calun pas dalam pru14. Itulah cara terbaik
mencungkil satu-satunya duri dalam pas sekarang.
Duri dalam daging, kecil tapi membawa penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan