SEPANG: Penumpang pesawat AirAsia mengalami detik cemas pagi tadi
apabila dua tayar pesawat yang mereka naiki pecah sejurus mendarat di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Ketika kejadian jam 5.45 pagi, pesawat AirAsia penerbangan AK12 dari
Chennnai, India itu sedang melakukan pendaratan di Landasan 33.
Akibat kejadian itu, landasan berkenaan ditutup buat sementara waktu untuk kerja baik pulih.
AirAsia dalam satu kenyataan hari ini, mengesahkan semua penumpang dan anak kapal selamat.
Syarikat itu turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami penumpang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan