Jumaat, 23 Disember 2016

Adik TPM meninggal dunia



BAGAN DATOH - Adik lelaki Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Dzulfikri Hamidi meninggal dunia kira-kira 11.30 malam semalam.

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Khairuddin Tarmizi ketika dihubungi mengesahkan  perkara berkenaan.

"Allahyarham berusia 45 tahun dan menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

"Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ada menghubungi saya memaklumkan perkara berkenaan," katanya.
Menurut Khairuddin jenazah Allahyarham akan dikebumikan hari ini selepas solah Jumaat di Tanah Perkuburan Islam  Sungai Nipah Darat, Bagan Datoh.

Sementara itu tinjaun Sinar Harian di laman Fan Page Facebook Ahmad Zahid turut menemui status yang dimuat naik beliau memaklumkan perkara sama.

Al-Fatihah.

Tiada ulasan: