Ahad, 25 Disember 2016

AMANAH tak setuju tindakan DAP namakan calon PM

BNBBC, 
 

AMANAH tidak akan mengikut jejak langkah DAP yang menamakan calon Perdana Menteri buat masa kini.

Sebaliknya menurut Setiausaha Agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir, mereka lebih bersetuju dengan pendirian Tun Dr Mahathir Mohamad untuk tidak menamakan calon Perdana Menteri kerana bimbang akan ada orang lain yang kecewa dan berlaku pertelingkahan antara pakatan.

Tambah beliau, meskipun berada dalam satu pakatan namun AMANAH tidak akan ‘menari ikut rentak’ pihak lain kerana ini bukanlah keutamaan mereka.

“Yang penting adalah beri keyakinan pada rakyat.

“Dalam Pakatan Harapan, kita ada bekas perdana menteri, bekas menteri, golongan intelektual dan tenaga-tenaga muda yang sentiasa bersedia menjelang PRU nanti,” katanya pada sidang media di Wisma PAN, Jumaat.

Terdahulu, Penasihat DAP Lim Kit Siang menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri wanita baru sekiranya PH dapat mentadbir kerajaan selepas PRU14.

Sementara Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang memenangi PRU akan datang.

Namun tindakan DAP itu secara jelasnya tidak dipersetujui AMANAH.

“Kenyataan beliau (Tun M) telah disepakati oleh Pakatan Harapan. Untuk menamakan siapa calonnya, kami tidak begitu setuju,” katanya.

Beliau berkata, bagaimanapun, situasi kabinet bayangan telah lama dibuat.

“Kita dah punya cukup calon. Jadi, kenapa perlu namakan kabinet bayangan ini dengan terburu-buru? Kami percaya pada pandangan Tun Mahathir tentang perkara ini,” ujarnya.

Tiada ulasan: