Khamis, 22 Disember 2016

Bekalan air Selangor dan KL pulih lebih awal

MALAYSIA DATELINE
 
 
Bekalan air di kawasan terganggu di Lembah Klang pulih sepenuhnya hari ini.Bekalan air di kawasan terganggu di Lembah Klang pulih sepenuhnya hari ini.


Pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terjejas di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjaya dilaksanakan Air Selangor dalam tempoh tiga hari berbanding jangkaan awal enam hari.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,
berkata laporan yang diterima setakat jam 7 pagi tadi menunjukkan status pemulihan bekalan air ke semua kawasan yang terlibat telah selesai 100% bagi Zon 1 dan 99.5% bagi Zon 2.
"Saya merakamkan penghargaan kepada kakitangan Air Selangor yang berusaha gigih sepanjang waktu menyegerakan pemulihan bekalan air ke semua kawasan terjejas dengan pantas.
"Keselesaan pengguna air adalah keutamaan Kerajaan Negeri Selangor khususnya sewaktu musim perayaan dan cuti sekolah.

"Saya juga mengucapkan Selamat Hari Natal dan selamat menyambut Perayaan Solstis Musim Sejuk pada mereka yang meraikan. Semoga sambutan kedua-dua perayaan ini merapatkan hubungan muhibbah sesama rakyat Negeri Selangor," ujar Azmin.

Kerajaan Negeri Selangor, tambah beliau akan terus memantau keadaan bagi memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi bagi pengguna di Lembah Klang.

Tiada ulasan: