KUNAK– Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun ditahan di
sebuah rumah di Kampung Jaya Baru, malam tadi, selepas disyaki terbabit
dalam kegiatan pengedaran dadah.
Ketua
Polis Daerah Kunak, Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, murid
tahun enam itu dipercayai dijadikan ‘keldai dadah’ selain sebagai orang
tengah yang aktif mengedar dadah sekitar daerah Kunak.
“Ketika
serbuan, suspek duduk di sofa di ruang tamu rumah itu sambil memegang
satu beg kecil mengandungi enam paket plastik lutsinar pelbagai saiz
yang di dalamnya berisi ketulan hablur jernih disyaki syabu seberat
tujuh gram.
“Turut ditemui wang tunai RM60 yang disyaki hasil daripada jualan dadah,” katanya.
Mohd
Nasaruddin juga berkata, siasatan mendapati suspek terbabit dalam
aktiviti penjualan dan pengedaran bahan terlarang itu sejak hampir
setahun lalu.
Susulan
itu katanya, pihak polis akan menjalankan siasatan terperinci untuk
mengesan dalang sebenar dan sindiket yang menggunakan kanak-kanak
sebagai keldai dadah.
“Selain itu, kita akan memburu individu yang membekalkan bahan terlarang itu kepada suspek,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan