KUALA LUMPUR: Biduan negara, Tan Sri SM Salim atau nama sebenarnya
Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros, 88, menghembuskan nafas
terakhirnya pada pukul 5.44 petang tadi.
Dia meninggal dunia akibat sakit tua di rumah anaknya yang terletak di Sering Ukay, Ulu Klang, Ampang.
Menurut anak kedua daripada tujuh adik beradik, Sheikh Shamsul, 52,
mereka sudah bersedia untuk menerima kehilangan ayahnya itu.
“Kami adik beradik memang redha dengan pemergiannya apatah lagi sudah lima tahun dia terlantar selama ini.
"Penderitaan yang dihadapi oleh ayah memang sakit untuk kami lihat dan sebab itu kami redha dengan pemergiannya,” katanya.
Tambahnya lagi, SM Salim sebelum meninggal berada dalam keadaan tidak
stabil dan ada kalanya terpaksa bergantung pada bantuan pernafasan.
Doktor juga telah memberi tahu lebih awal lagi bahawa SM Salim sudah
tidak mempunyai kekuatan untuk kembali pulih seperti sebelum ini.
SM Salim meninggalkan isterinya, Puan Sri Aishah Abdul Ghani dan tujuh orang anak.
Anak pertamanya Siti Nuraishah, 60; Sheikh Samsuddin, 68; Siti Nur
Huda, 56; Siti Maheran, 54; Siti Huzayah, 53; Sheikh Shamsul, 51 dan
Siti Zubaidah, 35.
SM.Salim sebelum ini pernah tampil secara duet bersama penyanyi
terkenal negara antaranya Datuk Yusni Hamid, Datuk Sheila Majid, Zainal
Abidin dan Datuk Siti Nurhaliza.
Antara lagu popularnya termasuklah lagu berjudul Satu (bersama Zainal
Abidin), Entahkan Jadi Entahkan Tidak (bersama Datuk Sheila Majid) dan
Pandang Pandang Jeling Jeling (bersama Datuk Siti Nurhaliza).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan