Rabu, 21 Disember 2016

Juruterbang TUDM maut pesawat terhempas

ANTARAPOS.COM


Post Pic


BUTTERWORTH: Seorang juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas pesawat jenis Beechcraft King Air 200T terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam 5.20 petang itu, difahamkan pesawat yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang turut membawa tiga kru udara, yang dilaporkan mengalami kecederaan parah akibat kemalangan itu.

Berdasarkan maklumat awal, pesawat yang digunakan bagi rondaan maritim itu terbabas ketika cuba mendarat di Pangkalan TUDM Butterworth menyebabkannya terbakar.

Pihak TUDM dilaporkan dapat memadamkan api dan mengeluarkan mangsa yang tercedera, namun keadaan mereka masih belum diketahui setakat ini.

Sementara itu, pihak TUDM yang dihubungi mengesahkah kejadian dan memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan dalam tempoh terdekat.


Tiada ulasan: