KUALA KRAI: Sebuah kereta api dari Tumpat menghala Kuala Lipis
tergelincir berhampiran terowong di Bukit Abu, Dabong, di sini, pagi
tadi akibat berlaku tanah runtuh.
Seramai 37 penumpang termasuk empat kakitangan tidak mengalami kecederaan dalam kejadian jam 8 pagi itu.
Pengurus Wilayah Timur Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Zaid Ibrahim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Semua penumpang dihantar ke Kuala Lipis menggunakan bas bermula jam 1 tengah hari tadi.
"Akibat kejadian itu, perkhidmatan kereta api dari Tumpat ke Gua Musang
dihentikan buat sementara waktu sehingga kerja membaik pulih landasan
selesai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan