Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar mendakwa pihaknya telah mematuhi segala syarat yang telah ditetapkan, namun gagal memperolehi lesen sah kerana campur tangan politik pihak tertentu.
"Resort ini telah dibangunkan lapan tahun lalu dan mula beroperasi sejak 2011, persoalannya kenapa tidak diberi lesen oleh MDSB walaupun semua syarat telah dipatuhi?," katanya kepada pemberita di resort berkenaan di sini, hari ini.
BACA: Resort milik Jamal disita MDSB
Terdahulu, Jamal bertindak 'merasmikan' resort tersebut buat pertama kalinya sejak 2011 dengan memotong reben selain mengoyak notis arahan penutupan oleh MDSB.
Mengulas mengenai tindakan Pejabat Daerah dan Tanah yang merobohkan 11 bilik bangunan yang masih dalam pembinaan, Jamal berkata pihak berkenaan sepatutnya memberi notis terlebih dahulu sebelum merobohkan bangunan tersebut.
Jamal berkata peguamnya akan mendapatkan perintah mahkamah Isnin ini bagi menarik balik arahan sita dan penutupan resort itu.
Semalam, MDSB bertindak menyita resort seluas empat hektar yang mempunyai 100 unit bilik itu kira-kira pukul 10 pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan