Jumaat, 23 Disember 2016

Transkrip penjelasan isu Syria oleh Presiden PAS

IZWAN ABDUL HALIM




MEDIA: Tentang kejadian di Aleppo itu macam mana?

PRESIDEN PAS: Bismillahirrahmanirrahim. Yang pertama kita perlu baca politik Aleppo ini kepada kedudukan Syria daripada awal. Perlu difahami Syria ialah negara yang termasuk dalam perjanjian Sykes-Picot, antara British, Perancis dan Russia, selepas kejatuhan Uthmaniyyah, Syria dengan Lebanon termasuk di dalam bahagian Perancis. Maka polisi dan politik Syria berlainan dengan Jordan, Iraq, negeri di bawah pembahagian British.

Yang kedua, Syria bersempadan dengan Israel, sangat rapat dengan strategi keselamatan Israel. Apa yang berlaku di Syria adalah strategi keselamatan Israel yang diatur oleh Barat. Ini mesti kita faham, bukan bumi Syria itu, tanpa mengira siapa yang memerintah Syria, yang penting kepada kuasa-kuasa Barat ialah keselamatan Israel, ini mesti kena faham.

Selepas berlaku kejatuhan Shah di Iran, kumpulan Islam Syiah memerintah Iran. Mereka mengisytiharkan putus hubungan diplomatik dengan Israel, mengisytiharkan Israel sebuah negara haram, yang pertama. Lalu, Barat menggunakan Saddam Hussein untuk menyerang Iran, semua negeri Arab menyerang Iran di masa itu, kecuali Syria, Yaman, Sudan, Algeria, Libya tidak menyokong serangan ke atas. Libya tak, Libya lain tak menyokong serangan Iraq ke atas Iran di masa itu.

Yang ketiga, Hafez al-Assad, Parti Ba'ath, Saddam Hussein Parti Ba'ath, dua ini ada krisis, krisis dalam parti Ba'ath, dan tidak bersama. Bila Syria tidak bersama dengan Iraq dalam Perang Teluk yang pertama, Iran dikepung oleh semua negeri di bawah pengaruh Barat. Maka Iran mengambil kesempatan mengadakan hubungan dengan Syria, hubungan dengan Syria. Hafez al-Assad yang walaupun kalangan (Syiah) Alawi, (Syiah) Alawi dalam 10 peratus ataupun 20 peratus sahaja, 80 peratus adalah Sunni di Syria, ini perlu dia sedar. Walaupun Barat mengatur supaya Hafez al-Assad menguasai Syria, tapi dalam masa yang sama mereka mesti meraikan 80 peratus Sunni di Syria.

Dalam masa yang sama, Hafez al-Assad mengadakan hubungan dengan Iran. Iran mengambil peluang, Syria menjadi pintu untuk keluar ke dunia lain dalam Perang Teluk yang pertama, ini kita kena faham. Dalam masa yang sama, Syria termasuk kalangan negeri yang menolak perjanjian Madrid dan Oslo yang mengiktiraf Israel. Mereka menolak penyelesaian dua negara Palestin, satu untuk Yahudi dan satu untuk Israel.

Sama dengan Yaman, Sudan, Libya, Iraq juga sama, termasuk Algeria. Negara-negara ini dianggap sebagai ancaman kepada Israel. Maka menjadi sasaran kepada Arab Spring, Arab Spring, jadi sasaran semua negara ini. Mesir juga jadi sasaran kerana Mesir, kedudukan Terusan Suez yang menjadi penghubung kepada laluan dunia Barat, bekalan tenaga minyak petroleum daripada negeri Teluk. Mesir juga menjadi perhatian mereka dalam masa yang sama, pengaruh Islam juga kuat di Mesir.

Maka Arab Spring dijadikan satu cara untuk membentuk peta baru Asia Barat, peta baru Asia Barat yang dirangka oleh Barat, demi keselamatan Israel. Kita melihat, semua negeri Arab Spring ini kumpulan Islam gagal walaupun kumpulan Islam yang paling ramai turun ke padang, Arab Spring, kerana dicaturkan oleh Barat untuk menyelamatkan Israel.

Syria yang mengambil kesempatan daripada strategi kedudukan dia, dengan hubungan yang rapat dengan Iran, dalam masa yang sama membenarkan semua kumpulan Palestin yang dianggap ekstrem, Hamas, Tanzim al-Jihad, kumpulan ...., dan lain-lain, berpangkalan di Syria. Dan Iran membantu kumpulan-kumpulan ini melalui Syria, melalui Syria.

Dan Iran telah mencapai kemajuan teknologi yang tinggi dalam membantu Gaza dan Selatan Lubnan. Menggagalkan serangan Israel ke atas Gaza dan Lubnan sebanyak dua kali, gagal, senjata Amerika tidak berkesan. Mereka mengetahui bahawa bantuan senjata ialah melalui Yaman dan Sudan, serta Syria. Yaman dengan Sudan pangkalan yang jauh. Kita jangan lupa, Israel pernah menyerang Sudan, 'Port' Sudan, dalam masa yang sama juga Israel menyerang Syria. Syria dianggap paling bahaya kerana di situ pangkalan, ada kumpulan Palestin yang tidak mengiktiraf Israel, mereka perlu dikacau.

Beberapa tahun yang lalu, beberapa media Barat telah menyiarkan artikel, termasuk Al Jazeera, penglibatan Arab Saudi dan Barat menghantar Daesh, menghantar kumpulan pelampau yang ditugaskan oleh Amerika di Afghanistan. Yang balik ke negeri masing-masing ditahan, dihantar ke situ, tujuan untuk mencetuskan kekacaun di Syria dianggap sebagai pangkalan di atas nama untuk menentang kezaliman Hafez al-Assad.

Mereka yang bersemangat ini pergi ke sana berperang untuk menentang Hafez al-Assad kerana dia (Syiah) Alawi. Mereka lupa bahawa di sini mereka telah digunakan untuk mencetuskan kekacauan di Syria.

Dalam hal ini kita melihat, ulama-ulama Syria sendiri berbelah bahagi, contohnya Dr Wahbah al-Zuhaili Al Marhum mengambil sikap diam, (tidak) mengkritik kerajaan Syria, diam, dan tak keluar daripada Syria, Dr Wahbah.

Syeikh Ali As-Sobuni duduk tinggal di Saudi, sebahagian tinggal di Turki. Syeikh Dr Said Ramadan Al-Bouti mengambil sikap bersama Hafez al-Assad. Kita melihat ulama-ulama di Syria pun berbelah bahagi, bagaimana nak menentukan sikap mereka dalam perkara ini.

Dalam hal ini kita mesti faham, apa yang berlaku di Aleppo pada hari ini adalah rantaian daripada semua yang saya sebut tadi. Khususnya tiga hari lepas saya baca dalam media, di Aleppo, Bangsa-Bangsa Bersatu menangguhkan genjatan senjata, minta tangguh genjatan senjata dan minta hantar pengaman. Wakil Syria di Bangsa-Bangsa Bersatu telah mendedahkan dalam sidang media di PBB, sidang sehari. Wakil Syria mendedahkan ada 12 orang agen tentera yang dikepung di situ, dan mereka senaraikan nama-nama, seorang daripada Israel, seorang daripada Amerika, seorang daripada Jordan, seorang daripada Turki, seorang daripada Morocco, seorang daripada Qatar, 6 orang daripada Saudi, yang masih duduk di Aleppo.

Apa makna ini semua? Menandakan betapa campur tangan tentera asing, rakyat menjadi mangsa. Campur tangan semata-mata untuk menyelamatkan Israel. (Agen tentera) Turki itu saya yakin, Turki yang Fethullah Gulen punya, bukan Turki yang Erdogen, yang masih lagi ada dalam tentera Turki. Saya rasa begitulah agaknya.

Dan kita melihat bagaimana Turki sudah mengubah dia punya (pendirian) ke Arab Barat, sekarang ini baik dengan Rusia dan Iran kerana mengetahui percaturan politik yang berlaku di Asia Barat. Ya?

Dato' Seri, apa, yang apa, Dato' Seri pergi hadir ke Tehran baru ini kan? So, ada banyak yang kritik la, kata Dato' Seri pergi tidak tepat pada masanya, satu lagi macam Kesatuan Ulamak, Dr Yusuf Al-Qardhawi sendiri pun kata dia tidak atas, Dato' Seri pergi atas kapasiti peribadi bukan atas (KUIS) itulah.
 
Saya menjadi ahli Majma' Taqrib yang ditubuhkan tahun 1980, dan saya hadir program tahunan di situ, kecuali saya uzur saya tak pergi, bukan kali pertama saya hadir. Dan saya hadir di situ dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama tanpa mengira Sunni dan Syiah, mereka perlu bersatu. Dan saya kritik Iran, kena baca ucapan saya di Tehran apa ucapan saya.

Ucapan saya, saya tidak tunduk kepada mana-mana kerajaan dan pengaruh dengan Barat ataupun Timur, apa yang itu ialah kepentingan Islam, dan bila ada desakan ini, saya dah tulis surat kepada Kesatuan Ulamak Sedunia, bahawa itu pendirian saya. Saya tak terpengaruh dengan dasar Qatar, dengan dasar Saudi, dengan dasar Emirate.

Apa lagi saya terkilan dengan Persidangan Negara Teluk dua minggu yang lalu, disertai oleh Perdana Menteri British. Apa kedudukan Perdana Menteri British? Adakah British ini anggota Negara Teluk? Mengapa hadir dalam sidang ini? Sidang ini membuat resolusi untuk bersama menentang Iran, bukan menentang Israel, (tetapi) menentang Iran, ini apa makna? Ini satu benda yang sangat kacau di Asia Barat.

Apa lagi dengan yang saya sebut dalam perkara yang pertama tadi, dan saya ada pendirian. PAS ada pendirian PAS sendiri. Dalam Perang Teluk yang pertama dulu, tahun 1980, Iraq menyerang Iran, di masa itu PAS bersama dengan Iran dan menyokong Iran. Semua negara Arab kecuali sedikit menyokong Iraq dan beberapa kumpulan Islam menuduh PAS terpengaruh dengan Syiah. Bila Saddam Hussein berpaling tadah menyerang Kuwait, dan negara Arab menjemput Amerika, kita dijemput balik untuk ikut mereka, kita ada pendirian kita, kita adalah Sunni, tidak Syiah. Kita membaca politik antarabangsa bukan politik yang sempit, yang tengok satu masa berlaku itu sahaja, kita baca semua, ini.

Dato' Seri, macam mana dengan kunjungan ke Tehran itu mendapat kecaman Presiden KUIS sendiri, al-Qardhawi, so apa?
Saya dah tulis surat, dan saya bersedia untuk letak jawatan, dan saya pegang jawatan itu bukan saya minta, saya tak minta jawatan, dia lantik saya, saya tak hadir pun muktamar dia, saya bersedia.

Tapi kiranya dia ada berhubung secara peribadi dengan Dato' Seri?
Saya tulis surat, cukup dengan surat saya itu, beliau uzur, beliau uzur, telinga tak dengar, mata tak berapa nampak, saya tak tahu kenyataan dia itu benar ataupun tidak.

Melalui facebook pula itu kan?
Saya tak tahu, tak tahu, beliau uzur. Beliau uzur, dan telinganya tak dengar, dan guna alat pun payah, dan mata pun tak nampak, saya tak tahu adakah daripada beliau (atau) daripada orang lain.

Surat itu dihantar bila ya? Ya Dato' Seri, surat itu dihantar bila ya?
Surat saya? Surat saya 4 hari lepas.

Empat hari lepas, kali terakhir Dato' Seri?
Saya hantar kepada Setiausaha Agung Kesatuan supaya dibaca oleh mereka. Dan setahu saya, seorang sahaja yang tulis surat supaya .... saya itu. Yang lain senyap, tak kata apa. Seorang sahaja, duduk di UK, dia ini jadi Rektor kepada Universiti di Ireland, universiti dibiayai oleh Negara Teluk. Barangkali dia bekerja dengan Negara Teluklah, yang ini sahaja, yang lain senyap tak kata apa.

Dato' Seri, mengenai dengan kesihatan al-Qardhawi itu, daripada mana Dato' Seri dimaklumkan yang dia dah berapa lama dia dah tak sihat?
Saya jumpa dia, memang jumpa yang terakhir baru 2, 3 bulan lepas, memang. Dan saya terpaksa menjadi pengerusi mesyuarat, kerana beliau tidak menjadi pengerusi mesyuarat itu. Yang lain pun uzur, tua-tua semua, banyak uzur. Itu

Rasa berat hati tak dengan keputusan untuk meninggalkan KUIS?
Saya mahu supaya Kesatuan Ulamak ada pendirian dia sendiri, tidak dipengaruhi oleh Qatar, dipengaruhi oleh mana-mana negara, kena ada pendirian dia sendiri. Dan saya juga dijemput oleh ulama-ulama Sunni di Iran. Kita kena sedar bahawa 30 peratus rakyat Iran adalah Sunni. 30 peratus adalah Sunni. Berapa juta, daripada 30 peratus itu orang Sunni. Yang hadir muktamar itu banyak sebahagian besarnya adalah ulama-ulama Sunni daripada Iran. Apa kita nak letakkan kedudukan mereka?

Pasal Syria itulah, pasal ada keadaan....
Syria itu perkara, kita boleh tumpu kepada masalah-masalah Palestin, masalah-masalah Palestin, masalah budaya mengkafirkan antara satu sama lain, dan masalah isu minoriti Islam termasuk Rohingnya, itu sahaja. Ya, ya?

 Transkrip penjelasan isu Syria oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dalam temubual bersama media pada 23 Disember 2016, di Masjid Rusila, Marang, Terengganu disediakan wartawan Harakah Izwan Abdul Halim.


Tiada ulasan: