APA yang membezakan Malaysia dengan banyak negara bekas tanah jajahan di segi kemajuan ekonomi dan kemasyarakatan ialah kita memulakan proses perindustrian awal.
Masa kita mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957 industri yang ada hanyalah memproses bahan-bahan mentah untuk eksport
macam kilang papan, peleburan timah, mengilang getah dan kelapa.
Segala barang keperluan
pengguna seperti makanan, pakaian, alat jentera, elektrik dan ubat-ubatan diimport,
khususnya dari England, United Kingdon atau daripada “empire” iaitu tanah-tanah
jajahan Inggeris seperti Hong Kong dan India yang sudah ada industri.
Kita memulakan proses
perindustrian secara terancang pada pertengahan tahun 1960-an dengan menjemput
pelabur tempatan dan asing mengeluarkan barang-barang gantian import seperti
makanan diproses, pakaian, kelengkapan elektrik dan jentera ringan.
Itulah asal usul
bertapaknya pelaburan asing selepas merdeka di negara kita. Dengan itu juga
pergantungan kita terhadap modal Inggeris berkurangan dan kita memperoleh
pelaburan daripada negara-negara Eropah yang lain dan, paling ketara, daripada Jepun.
Tetapi sejak beberapa
tahun kebelakangan ini, khususnya akibat jangkitan skandal 1Malaysia
Development Berhad (1MDB), dasar pelaburan asing kita telah berubah.
Mula Jual Tanah
Kerajaan telah mula
menjual industri strategik yang kita bina sendiri kepada orang asing dan sejak
setahun dua ini hatta tanah pun mula dijual, dipajak dan digadai kepada orang
asing.
Skandal penipuan 1MDB terus
merebak jangkiti ekonomi, kewangan dan kedaulatan negara kita.
Pada awal bulan ini, akhbar
Financial Times melaporkan yang 1MDB sedang bersiap sedia membayar balik hutang
sebanyak AS$6.5 bilion (kira-kira RM26 bilion) dengan pertolongan negara China.
1MDB berhutang kepada
syarikat milik kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company
(IPIC), tapi tak ada duit nak bayar balik. Macam mana nak bayar balik bila perniagaan
tak untung. Rugi ada.
IPIC
telah kemuka saman ke
atas 1MDB di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London. Dua orang
pegawai IPIC yang subahat tipu 1MDB telah ditangkap oleh kerajaan Abu
Dhabi.
Duit sendiri memang tak
ada. Bukan saja berniaga tak untung tapi banyak dah dilesapkan dan dibawa lari
ke luar negara. Pejabat Peguam Negara Switzerland yang sedang siasat pengalihan
duit haram (money laundering) syak sebanyak AS$4 bilion (RM16 bilion) duit 1MDB
telah disonglap.
Skandal
1MDB bukan saja memalukan
negara kita malah sangat berbahaya. Singapura telah pun bicara dan
dapati bersalah beberapa orang yang jadi orang tengah mencuri dan
menggelapkan duit 1MDB.
Tapi Peguam Negara Malaysia (Tan Sri) Apandi Ali kata tak ada bukti perbuatan salah di Malaysia.
Apandi Ali kata tak ada bukti |
Macam saya dah kata banyak kali, 1MDB adalah perniagaan atas angin ala skim cepat kaya Pak Man Telo yang direka oleh seorang Cina Pulau Pinang bernama Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.
Kalau dia berniaga atas
angin bersendirian itu hak dialah. Di negara kita ada macam-macam skim
perniagaan atas angin dan haram sampai ketua samseng pun boleh jadi kaya raya
dan dibagi gelaran datuk oleh raja Melayu.
Tapi dalam hal 1MDB ini ia
babitkan kerajaan Malaysia – ertinya kita semua – melalui Kementerian Kewangan.
1MDB adalah anak syarikat Kementerian Kewangan. Oleh sebab itu hutang 1MDB sebanyak
RM50 bilion jadi hutang kita semua.
Secara teknikal Malaysia
dah “insolvent” atau tak cukup duit nak bayar hutang. Lebih kurang dah muflis akibat
hutang 1MDB.
Jho Low sudah lama cabut
dari Malaysia. Dia dan konco-konco yang termasuk anak tiri Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng
Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, berfoya-foya di pusat-pusat hiburan dan perjudian dunia
di Amerika Syarikat, Eropah dan Timur Tengah.
Ikut taksiran Jabatan Kehakiman Amerika (DoJ), Jho Low dan gengnya, termasuk anak (Datin Seri) Rosmah Mansor bernama Riza Shahriz Abdul Aziz, dah guna kira-kira AS$1 bilion (RM4 bilion) duit yang dicuri dari 1MDB untuk beli harta di Amerika Syarikat saja.
Minta Sedekah Dari China
Sekarang, akibat
perbuatan kaki putar Cina Pulau Pinang yang berupa sahabat akrab keluarga Mohd Najib Tun Abdul Razak itu, negara
kita terpaksa minta sedekah kepada China.
Umno takut-takutkan orang
Melayu terhadap DAP tapi yang menipu kita semua adalah Cina kawan Perdana Menteri
sendiri.
Kita tahu negara komunis
China tak akan bantu 1MDB atau kerajaan Malaysia cara percuma atau sukarela. Mesti
ada kira bicara di sebaliknya. Dalam bahasa Inggeris dia kata quit pro quo. Dalam
bahasa mudah, engkau garu belakang aku, aku garu belakang engkau.
China akan bantu pasal sudah
pun dibagi kontrak dan projek beratus bilion ringgit oleh kerajaan Najib macam Projek
Landasan Kereta Api Pantai Timur berharga RM55 bilion, pembelian 10 buah kapal
peronda persisiran berharga RM300 juta tiap satu, Projek Bandar Malaysia di
atas tapak Lapangan Terbang TUDM Sungai Besi dan kilang penjana elektrik.
Dalam masa tak sampai 10
tahun, China muncul sebagai pelabur, pemaju hartanah dan kontraktor asing yang
paling agresif dan dapat layanan istimewa di Malaysia sampai jejaskan kedudukan
pemaju tempatan.
Pada 22 November lepas agensi
berita ekonomi antarabangsa Bloomberg siar rencana berkenaan “bandar raya China”
bernilai AS$100 bilion (RM400 bilion) yang sedang dibina di Johor.
Antara lain berita itu
kata, pemaju dari China yakin Johor Baru yang dekat dengan Singapura akan jadi
Shenzhen baru. Shenzhen ni adalah bandar raya baru di tanah besar China ke
utara Hong Kong.
Ungkapan “the next
Shenzhen” atau Shenzhen baru itu sangat menarik. Tapi kalau kita faham sangat
menakutkan. Johor Baru akan jadi Shenzhen baru sebab kebanyakan harta yang
sedang dimajukan di situ ditujukan khas kepada pembeli dari China dan Singapura.
Johor Baru akan jadi Shenzhen Baru |
China banyak duit dan selera pelabur China sangat besar. Menurut Bloomberg, projek yang akan jadi “Shenzhen baru” itu dikenali sebagai Forest City dan mampu tempatkan 700,000 penduduk. Pembinaan bermula Februari lalu dan 8,000 unit apartmen dah dijual.
Ia adalah projek
terbesar di antara kira-kira 60 projek di Iskandar Malaysia yang semuanya akan
menambah setengah juta kediaman yang ditujukan kepada pembeli luar negara,
khususnya dari China dan Singapura.
Kalau kita tak jaga-jaga
dan kita biar orang tamak bermaharajalela, boleh jadi kita akan alami masalah
kependudukan dan percanggahan budaya yang sangat besar.
Sekarang pun sudah ramai
rakyat tempatan, khususnya Bumiputera dan bukan Bumiputera miskin, dah terpinggir
dan tertindas akibat persaingan daripada pendatang Singapura yang lebih kaya.
Sebaliknya rakyat jelata
kita yang ada kemampuan tak berminat dengan harta di “next Shenzhen” sebab mereka
dah ada rumah di Australia, New Zealand, England, Amerika Syarikat dan Kanada atau
sedang berkira-kira berhijrah ke luar negara.
Kita juga tak boleh pandang
ringan kemungkinan negara kita, khususnya Johor, dibanjiri pemastautin asing
yang beza bahasa dan budaya dengan kita atau yang tak hormati kepelbagaian kaum
kita.
Sifat tamak dan gila
duit orang kita yang berkuasa boleh sebabkan negara dijajah semula melalui
pemilikan ekonomi dan pemberian hutang. Akhirnya kita terpaksa hantar “bunga
emas” kepada China macam raja-raja kita buat pada zaman dulu kala.
Inilah bencana yang
sedang timpa kita akibat sabotaj ekonomi dalam bentuk 1MDB.
Dalam Umno berkempen menakut-nakutkan
orang Melayu, orang kampung dan orang Felda terhadap Cina DAP tapi di belakang
mereka, kerajaan yang Umno pimpin dah ditipu oleh Cina Jho Low kawan keluarga
Najib.
Jho Low (kiri sekali) bercuti atas kapal bersama keluarga Najib |
Banyak tanah dan harta pusaka dah dijual-gadai kepada negara China kerana nak tampung hutang RM50 bilion yang Jho Low bebankan ke atas kita semua melalui skandal 1MDB.
Dia curi duit untuk
bersuka-suka, negara kita yang jadi hina dan berhutang beribu-ribu juta yang
kita, anak dan cucu kita jadi kuda, jadi mangsa.
Inikah wasatiyyah?
Wallahuaklam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan