Rabu, 21 Disember 2016

Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan meninggal dunia

ANTARAPOS.COM


Post Pic


BANDAR BARU NILAI: Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairi Zainuddin, 45, meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Negeri Sembilan, Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa, berkata Mohd Khairi pengsan ketika melawat sebuah sekolah agama, di sini, sebelum dihantar ke sebuah klinik berhampiran, namun disahkan meninggal dunia jam 4.29 petang.

"Jenazah akan dibawa ke rumahnya di Taman Guru, Seremban, malam ini dan dijangka dikebumikan di Makam Tuan Hj Said, di sini," katanya.

Allahyarham berasal dari Kampung Kubur Cacar, Jempol, berkelulusan Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

Allahyarham kemudiannya , menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Terbuka Malaysia.

Beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan sejak 2011 hingga kini.


Tiada ulasan: