Khamis, 20 Ogos 2015

Tiada kawasan, cawangan PAS yang akan terbubar

PAS Pusat menegaskan bahawa tidak akan ada kawasan yang terbubar walaupun ad


DETIK DAILY


PAS Pusat menegaskan bahawa tidak akan ada kawasan yang terbubar walaupun ada pimpinannya dan sebahagian ahlinya keluar.Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti mengambil maklum adanya usaha beberapa pimpinan kawasan dan cawangan yang akan bertindak demikian.

"Namun, kita mempunyai peruntukan dalam perlembagaan parti bagi meneruskan aktiviti parti," jelasnya dalam satu kenyataan.

Katanya, kawasan akan terus kekal dengan barisan kepimpinan baru yang akan mengambil alih pentadbiran kawasan dan cawangan berkenaan.

Ini, ujarnya sebagaimana ombak di lautan yang tidak dihenti dijana, PAS mempunyai sumber kekuatan untuk menggantikan ombak yang hilang.

Beliau berkata, bagi pimpinan dan ahli yang ingin meninggalkan parti, terima kasih atas khidmat dan sumbangan kepada parti selama ini.

Katanya, parti menghormati hak sama ada untuk kekal bersama parti atau keluar daripada parti.

Menurutnya, walaupun itu bukan penyelesaian terbaik, namun ia tetap ialah satu penyelesaian.

Beliau turut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh ahli PAS yang terus istiqamah dengan parti.

"Kepada para ahli PAS, mari bersama saya dan para pemimpin PAS untuk meneruskan perjuangan dan aktiviti parti, meningkatkan mujahadah, mengikhlaskan niat dalam perjuangan dan bersabar dalam menempuh segala mehnah dalam perjuangan ini.

"Selagi mana kita berada di atas landasan benar, Allah akan membantu kita, insya Allah," ujarnya lagi

Tiada ulasan: