ADNAN MOHAMAD
Mohd Amar berkata, pada
mata kasarnya dilihat isu GHB ini tidak memberi kesan yang besar
walaupun mengetahui ada yang aktif selain ahli PAS yang berminat.
KOTA BHARU, PAS mungkin akan mengambil tindakan lebih keras ke atas ahlinya yang didapati terbabit dengan Gerakan Harapan Baharu (GHB) selepas Mesyuarat PAS Pusat di Kuala Lumpur pada 8 Ogos depan.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik
Abdullah berkata, sehubungan itu buat masa sekarang tiada tindakan atau
komen yang lebih konkrit boleh diambil kepada mana-mana ahli yang
didapati terbabit dengan GHB.
Beliau berkata, pada mesyuarat berkenaan
setiap wakil negeri dikehendaki membentangkan laporan dan maklumat
terperinci mengenai perkembangan parti di bahagian akar umbi.
Mohd Amar berkata, pada mata kasarnya
dilihat isu GHB ini tidak memberi kesan yang besar walaupun mengetahui
ada yang aktif selain ahli Pas yang berminat.
“Pada pengamatan saya isu ini tidak
serius walaupun mereka yang terbabit di semua peringkat usia termasuk
yang lama dan baru,” katanya mengulas mengenai perkembangan GHB di
Kelantan.
Katanya, tiada apa yang boleh diberikan ulasan kukuh kerana GHB ini belum lagi ditubuhkan secara rasmi sebagai parti politik.
“Apabila betul-betul diisytiharkan siapa
presiden, siapa ahli barulah kita boleh memberikan komen sebenar selain
tindakan yang boleh diambil,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan