sakmongkol.blogspot.com
Bahagian ke-2,
saya tulis dalam Bahasa Melayu. Mudah2an ia nya dibaca oleh orang Melayu. Melayu
yang diharamjadahkan, Melayu yang dipapa kedanakan, Melayu yang dibangsat.
Inilah istilah
dari orang yang sakit jiwa.
Masih ada harapan golongan progresif dalam
UMNO masih ada.
Saya berasa
gembira melihat tahap kesedaran Melayu UMNO meningkat. Mereka tidak sokong
pemimpin secara buta tuli. Pasir gudang, Langkawi, tampin, merbok dan banyak
tempat lagi, orang UMNO yang sedar dan sensitif dan peka terhadap rintihan
rakyat menyuruh Najib berhenti.
Tapi Najib
dikelilingi oleh jentera yang membutakan mata nya dan memekakkan telinga nya. Namun
jangan salahkan penasihat nya sahaja. Orang Pahang kata- Najib itu kepala dang nya. Najib pun demikian juga. Najib
pun mempunyai personaliti mempersetankan rintihan rakyat. Jangan kita terpedaya
dengan lakonan nya.
Najib suami
isteri berlagak macam king Louis dan Marie Antoinette – rakyat menderita
manakala mereka bergembira dan bertemasya.Nama negara tercemar.
Dikalangan Raja Melayu
pun ada terdapat kesedaran pro rakyat. Mereka tidak sanggup melihat bangsa
Melayu dipersenda akal dan dikudakan oleh segelintir pemimpin yang gila kuasa
dan tamak haloba.
Bila Zahid Hamidi buka mulut.
Apa yang dia
pekik sana dan sini? Apa yang TPM Zahid bising dan jerit sana sini ialah rasa
cemas peribadi nya. Jika kerajaan bertukar dan pemimpin UMNO lain berkuasa,
mungkin tidak ada tempat untuk orang macam Zahid. Cakap sana sini macam pak santoloyo.
Zahid Hamidi menanam
rasa cemas bukan sahaja dikalangan orang Melayu am nya; lebih penting dia
hendak tanam rasa cemas dikalangan MP UMNO.
Dia tahu, jika
MP UMNO enggan dicemaskan oleh Zahid, mereka menyeberangi menyokong pihak
pembangkang, UMNO Najib akan jatuh.
Tapi MP UMNO
bukan semua pak santoloyo macam dia. Mereka ada conscience dan tidak sanggup
menutup bangkai yang mahu disembunyikan oleh Najib.
Jangan miskin pada nilai dan perangai
tinggi.
Pemimpin UMNO
yang lain mestilah berani beroperasi atas prinsip benar itu benar, salah itu
tetap salah. Jika prinsip ini hilang, maka Melayu memang akan jadi bangsa yang bangsat
nilai2 kebenaran.
Seperti yang
pernah disebut oleh pendita zaaba, perihal miskin harta benda tidaklah terkata
lagi- akan tetapi miskin pada hmpunan nilai2 dan kehalusan budi dan perangai2
yang tinggi itu lebih menerukkan bangsa Melayu.
Saya sudah
menulis perkara ini banyak kali tapi tidak jemu mengulangi nya kerana saya
fikir pendita Zaaba benar2 seorang pemikir yang mendalam lagi tajam.
Dia menulis: …..miskin pada hemat dan cita2, miskin pada
pelajaran dan latihan pengetahuan, miskin pada alat2 kelengkapan otak dan pada
beberapa sifat2 keperangaian yang tinggi dan mulia- jadilah mereka tak dapat
tiada daripada tersangkut dan ketinggalan dalam perjalanan bangsa2.
Kehilangan nilai2
inilah yang menyebabkan bangsa Melayu memilih pak santoloyo dan golongan tak
semenggah jadi pemimpjn bangsa Melayu.
Orang Melayu
mesti sedar bahawa jika UMNO dan pemimpin nya berlagak angkuh seperti yang
mereka lakukan sekarang, kita mesti menyalahkan diri kita sendiri. Kita yang
pilih mereka. Kita yang serahkan kuasa kepada mereka dan mereka menguasai kita.
Oleh kerana kuasa yang ada pada mereka kita yang
beri, kita ada hak untuk tarik balik. Dalam versi moden, hak seperti ini
terkandung dalam right of recall,
yakni kita mengkoreksi kesalahan kita dengan menurunkan pemimpin yang berkuasa.
Kita yang silap, kitalah yang membetulkan nya.
Dr Jekyll and Mr Hyde.
Hari ini perkara
yang hendak dibetulkan ialah kesilapan memilih umno dan Najib untuk berkuasa. Dia
lah penyebab Melayu jadi bangsat.
Menggunakan bahawa
kesat dan bermutu rendah sudah menjadi keperangaian kedua kepada najib atau dalam
bahas Inggeris second nature. Orang Felda dia kata haramjadah. Penentang nya di
Pekan dalam suatu pihanraya dikatakan papa kedana, hendak urus diri sendiri pun
tak mampu. Sekarang bangsat.
Ini cakap orang
yang kurang otak tapi banyak wang dan
ada kuasa. Ini rasmi Najib yang public tidak tahu.
Kita akan mula
dengan dusta dan pembohongan dan lakonan dari pelakon nombor wahid bila tiba bab kelentong
rakyat. Dengan muka selamba, dia memperagakan personality cukup siuman didepan
khalayak. Dibelakang, dia jadi Dr Hyde yang bernafsu sebagai haiwan. Didepan dia
berperwatakan DrJekyll.
Agaknya, bila
seorang ketua wanita Langkawi menasihatkan Najib jumpa doctor , dia melihat personality
Najib yang sebenar.
Sudah ramai
suara UMNO sendiri yang menyuruh Najib letak jawatan. Percayalah, Najib akan
pekakkan telinga dan berkulit tebal. Dia tidak akan segan berkata bukan ahli
UMNO yang pilih dia, dia akan kata rakyat yang pilih dia.
Paling akhir,
pemuda tampin, UMNO bahagian Shaziman Abu Mansor yang baru dilantik sebagai
penasihat kepada Najib buat usul supaya
Najib undur dan letak jawatan. Adakah ini bererti Shaziman tidak dapat
mempertahankan Najib?
Bangkai gajah
mana boleh di tutup dengan nyiru? Najib sudah
tidak terbela. Bohong dan mungkar nya tersangat besar. Jika 3 juta Melayu sokong
Najib dan UMNO, 13 juta Melayu lagi enggan berbuat demikian.
Kepentingan 13
juta orang Melayu dan 14 juta rakyat Malaysia bangsa lain, adalah lebih
penting
dan mulia dari kepentingan Najib. Hanya orang yang bergantung hidup dan
bisnes dengan Najib yang mempertahankan nya. Kepada golongan terpencil
ini, perjuangan untuk Najib itu mulia kepada mereka. Maka jawapan kita ialah tidak ada perjuangan yang lebih
mulia dari memperjuangkan nasib 27 juta rakyat Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan