RAJVINDER SINGH
Jamal memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap Khaled, semalam. - Foto greatermalaysia.com
KUALA LUMPUR, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos memohon maaf kepada Datuk Seri Khaled Nordin, kerana meminta Menteri Besar Johor itu meletak jawatan.
Jamal semalam mengecam tindakan Khaled
‘baling batu, sembunyi tangan’, kerana meminta ahli Umno Johor menyokong
kepimpinan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, tetapi pada masa
sama, membiarkan ‘orang-orangnya’ mengkritik Najib.
The Star hari ini melaporkan,
Jamal menarik balik kenyataan yang dibuatnya semalam dan mendakwa ia
adalah pendapat peribadinya yang dibuat dalam sebuah kumpulan tertutup.
Jamal memutuskan untuk memohon maaf, selepas mendapat nasihat Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.
Semalam, Jamal dilaporkan mendakwa Khaled
menyeru ahli Umno negeri itu memberi sokongan kepada Najib, supaya
beliau mempunyai kekuatan untuk menyelesaikan isu berkaitan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) dalam tempoh enam bulan.
Tetapi, menurutnya, dalam senyap-senyap,
semua jentera kanan Khaled dan anaknya sendiri, Akmal Saufi melancarkan
serangan secara terang-terangan terhadap Perdana Menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan