BEN TAN
Mohamad Sabu menyatakan
keyakinannya terhadap GHB untuk meraih sokongan di Johor yang
sememangnya sudah dikernali sebagai kubu kuat Umno-BN
JOHOR BAHRU, Gerakan Harapan Baru (GHB) yakin bahawa pergerakan itu akan diterima baik di Johor berikutan sokongan pembangkang di mana pertubuhan itu akan dimasukkan sebagai sebahagian daripada perjanjian baru pakatan itu.
Pengerusi GHB, Mohamad Sabu berkata
beliau gembira melihat peluang yang cerah buat GHB di negeri ini,
walaupun Johor dikenali sebagai kubu kuat Umno dan Barisan Nasional
(BN).
“Johor mempunyai potensi yang bagus bagi
pakatan pembangkang dan GHB untuk menang dalam pilihan raya umum akan
datang,” katanya yang juga bekas timbalan presiden PAS.
Beliau berkata demikian pada majlis
pelancaran GHB di Johor serta sambutan Hari Raya Aidilfitri di pusat
rekreasi Taman Universiti di sini hari ini.
Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat
Sabu, menjelaskan bahawa Johor kini telah berubah cara pemikiran politik
mereka dan ini terbukti dengan keadaan politik semasa di negara ini.
Beliau berkata generasi muda di Johor, terutama mereka yang bekerja di Singapura dan Kuala Lumpur, memerlukan perubahan.
Mohamad juga mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan DAP serta PKR di atas sokongan yang ditunjukan untuk GHB.
Antara tetamu lain yang turut hadir pada
majlis itu ialah pemimpin kanan pergerakan iaitu Khalid Samad,
Salahuddin Ayob, Dr Dzulkefly Ahmad, Suhaizan Kaiat dan juga Dr Siti
Mariah Mahmud.
Bekas pemimpin kanan Pas yang turut menyertai gerakan itu termasuklah Aminolhuda Hassan, Dzulkefly Ahmad dan juga Onn Jaafar.
Pemimpin-pemimpin parti pembangkang
negeri lain yang menyertai termasuk DAP iaitu Lim Kit Siang, Liew Chin
Tong dan Dr Boo Cheng Hau. Timbalan Pengerusi PKR Johor, Jimmy Puah
turut hadir.
Dalam ucapannya, Lim berkata, pihaknya
mengalu-alukan serta berminat bagi memasukkan GHB sebahagian daripada
politik baru di Malaysia.
“Kami akan menunggu sehingga GHB dibentuk
secara rasmi menjadi sebuah parti politik baru tidak lama lagi, di mana
Pakatan Rakyat yang baru akan muncul.
“Sama ada ianya dipanggil Pakatan Baru atau Pakatan Rakyat 2.0, kami akan membawa pembaharuan bagi Malaysia Baru,” katanya.
Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah
berharap GHB dapat membantu pakatan pembangkang meneruskan matlamat
mereka dalam mengambil alih Putrajaya serta Nusajaya Johor pada pilihan
raya umum akan datang.
“Dengan kemasukan GHB, bersama-sama DAP
dan PKR, terdapat keperluan untuk menjadikan Johor yang dikenali sebagai
“negara mundur” kepada “barisan hadapan,” kata ahli politik veteran
pembangkang itu.
Puah juga telah menyatakan sokongan PKR pada negeri itu di belakang pertubuhan itu.
“Kemasukan GHB di negeri ini pasti akan
membuka jalan bagi satu gabungan politik baru untuk menggantikan Pakatan
Rakyat,” ujarnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit
Batu berkata, rakyat di belakang GHB bukanlah muka baru seperti tidak
PKR dan DAP yang telah bekerja bersama-sama dengan mereka dalam apabila
mewakili PAS.
“Gerakan ini jelas merupakan suatu
kesinambungan positif bagi pihak pembangkang untuk berjuang di Johor,”
katanya kepada The Rakyat Post ketika ditemui pada majlis itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan