MALAYSIAKINI
Seorang anggota majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina
Merican berkata penubuhan parti baru oleh adik perdana menteri pastinya
akan memberi kesan besar kepada politik negara.
Katanya, adik PM, Datuk Seri Nazir Razak sememangnya berpengaruh, namun,
parti seperti itu tidak akan bertahan lama jika ia hanya ditubuhkan
atas rungutan yang timbul.
"Parti tidak boleh dibentuk atas rungutan. Sesebuah parti perlu dibentuk
berdasarkan asas dan dasar yang kukuh kerana ini akan menentukan sama
ada parti itu akan bertahan atau tidak.
Beliau memberi contoh, Semangat 46 yang terbentuk selepas Umno berpecah dua akibat pemilihan parti 1988.
“Banyak parti diketuai oleh tokoh besar namun asasnya tidak kukuh, akhirnya parti itu jadi kucar-kacir dan hancur,” katanya.
Pertembungan politik di kalangan keluarga juga bukan satu perkara baru, katanya.
Beliau juga memberi contoh beberapa tokoh politik yang bersaudara
teteapi berseteru dalam parti berbeza seperti Tan Sri Shahrir Samad dan
Khalid Samad.
Reezal mengulas laporan yang mendakwa Nazir telah memulakan inisiatif
untuk menubuhkan sebuah parti politik bukan partisan yang baru.
Laporan portal Asia Sentinel menyebut, parti baru itu bertujuan untuk "melakar semula landskap politik negara" dan menamatkan politik perkauman.
Nazir, yang mengetuai Bank CIMB, dilaporkan telah menemui bekas Timbalan
Menteri Pelajaran Datuk Saifuddin Abdullah, salah seorang daripada
beberapa pemimpin Umno yang berfikiran liberal, untuk memimpin parti
baru.
"Rakan-rakan Nazir telah menasihati beliau supaya menjadi penggerak utama, jika tidak ia tidak akan berhasil," lapor Asia Sentinel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan