Isnin, 1 Jun 2015

UMNO-BN lebih teruk daripada komunis

umnobersatu
Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan mengenakan peraturan ketat selepas pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dengan mengawal harga adalah jauh lebih teruk daripada komunis, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
liew-chin-tong-at-final-rally
“Apa yang dilakukan kerajaan untuk meneliti bagaimana sesuatu produk diletakkan harganya dan mengganggu perniagaan sangat membuang masa.

“Komunis pun tak buat macam ini,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, Chin Tong menggesa kerajaan menghentikan pelaksanaan Peraturan Kawalan Harga dan Antipencatutan (Mekanisme untuk Keuntungan Tinggi yang Tidak Munasabah) (Margin Keuntungan Bersih) 2014 yang tidak membenarkan peniaga menaikkan harga dari 2 Januari tahun ini sehingga 30 Jun 2016.

Pengarah Pendidikan Politik DAP itu menegaskan, peraturan berkenaan jelas digunakan untuk menyerap kesan inflasi dari pelaksanaan GST selama 18 bulan.
gst
Jelas beliau, apabila sesuatu perniagaan terpaksa menyerap kesan inflasi GST, ia akan menyebabkan kos mereka meningkat manakala margin dan pendapatan pula jatuh mendadak.

“Bagi perniagaan yang gagal menyerap GST dan kenaikan berkaitan dalam kos, ia akan membawa kepada pengangguran dan menyebabkan ekonomi secara keseluruhannya lebih terganggu,” tegasnya.

Pada 5 Mei lalu, Trendcell Sdn Bhd yang memiliki Jaya Grocer Supermarket menjadi syarikat pertama dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Mengikut pertuduhan, Trendcell menaikkan margin keuntungan penjualan sekilogram kacang bendi sebanyak RM6.60, iaitu daripada RM3.10 pada 1 Januari lalu kepada RM9.70 pada 3 Januari hingga 20 Januari di premis mereka di Bandar Baru Bangi.

Trendcell boleh dihukum mengikut Seksyen 18 (a) Akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000. – Roketkini.com

Tiada ulasan: