MALAYSIAKINI
Tengku Mahkota Johor mengucapkan terima kasih terhadap rakyat Johor yang
hadir menyatakan sokongan ketika baginda bertelagah dengan seorang
menteri kabinet.
Menegaskan akan bersuara demi kesejahteraan rakyat, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sempat menyindir “orang di Putrajaya”.
“Saya tak mahu bercakap banyak, kerana ramai orang di Putrajaya nak whack
(belasah) saya,” kata baginda merujuk kepada kenyataan lantang Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini.
Tunku Ismail juga menegaskan bahawa baginda akan sentiasa menegakkan
kedaulatan Johor dan terus bersuara demi bangsa Johor dan rakyat
Malaysia.
“(Ini) sebagaimana pesanan Duli Yang Maha Mulia ayahanda saya, bahawa saya adalah hamba rakyat Johor,” katanya.
Ratusan berkumpul di luar istana negeri di Bukit Serene, Johor Bahru
petang ini bagi menyatakan bantahan ke atas kenyataan menteri
Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Tunku Ismail turut serta dalam perhimpunan itu dengan bersalaman dan
menundukkan kepala kepada orang ramai tanda beliau seorang “hamba
rakyat”.
Orang
ramai dilaporkan menuntut Nazri meminta maaf secara terbuka susulan
kenyataannya yang menegur Tunku Ismail kerana menyifatkan orang yang
menggambarkan Datuk Seri Najib Razak mahu menyembunyikan sesuatu.
Tunku Ismail menyatakan kritikan itu selepas Najib tidak hadir dalam
dialog terus terang bersama NGO atas alasan keselamatan dan nasihat
polis.
Pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun turut serta dan
berjaya mencuri pentas sebelum diberhentikan dan diiring keluar
daripada acara itu oleh polis.
Tidak senang dengan perkara itu, Nazri kemudian meminta Tunku Ismail
tidak campur tangan dalam hal ehwal politik atau bersedia untuk
'dibelasah'
Tiada ulasan:
Catat Ulasan