Tiga penyandang bagi jawatan ketua Dewan Muslimat PAS Siti Zailah Mohd
Yusoff, timbalan ketua Dr Siti Mariah Mahmud dan naib ketua Mumtaz Md
Nawi gagal mempertahankan jawatan masing-masing.
Dalam pemilihan bagi dewan tersebut kali ini, Siti Zailah tewas kepada ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan, Nuridah Saleh.
Siti Zailah (gambar) gagal mempertahankan jawatannya apabila memperolehi 329 undi, manakala Nuridah mendapat 359 undi.
Nuridah pernah menerajui Dewan Muslimat pada 2007 sebelum tewas kepada Siti Zailah empat tahun kemudian.
Manakala Dr Siti Mariah yang juga ahli Parlimen Kota Raja, gagal mempertahan jawatan timbalan ketua Muslimat apabila tewas kepada pencabarnya, Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Dr Rosni Adam.
Dr Rosni menang besar dengan mendapat 414 undi manakala Siti Mariah memperolehi 274 undi.
Jawatan naib ketua Muslimat pula dimenangi oleh Salamiah Mohd Noor.
Salamiah mendapat 358 undi, manakala Mumtaz memperolehi 350 undi.
Manakala 12 ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS yang diumumkan menang ialah:
1. Dr Che Faridah Ismail,
2. Dr Halimah Ali
3. Hamidah Wan Daud
4. Normala Sudirman
5. Siti Murshidah Ramly
6. Kartini Ahmad
7. Dr Uyun Abd Malek
8. Dr Uzaimah Ibrahim
9. Dr Wahibah Tahir
10. Wan Hasrina Wan Hassan
11. Dr Najihatussolehan Ahmad
12. Siti Aisyah Ghazali
Keputusan ini diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Asmuni Awi pada jam 12.15 malam selepas selesai sesi penggulungan muktamar tahunan ke- 55 Dewan Muslimat PAS di Shah Alam.
Seramai 705 perwakilan memilih kepimpinan ini bagi sesi 2015- 2017.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan