shahbudindotcom
Sejak
pagi semalam, apabila tersebar hebahan mengenai kepulangan Muhyiddin
Yassin dari luar negara bakal disambut secara besar-besaran dan
kemungkinan beliau akan membuat pengumuman penting, yang paling gelisah
dan tidak senang duduk ialah para penyokong Najib Razak.
Mereka
menanti dengan penuh debar sambil di media sosial meramalkan pelbagai
kemungkinan yang bakal berlaku. Semuanya tergambar bernada bimbang.
Apabila
ada yang melaporkan bahawa Muhyiddin bakal mengumumkan perletakan
jawatannya sebaik tiba di KLIA, terdapat antara mereka yang meluahkan
perasaan bahawa detik hitam dalam UMNO dan perpecahan di kalangan orang
Melayu akan berlaku sekali lagi.
Secara
tidak langsung ia menggambarkan ketakutan mereka terhadap gerak dan
gertak politik Muhyiddin dan dalam masa yang sama juga menyerlahkan
kekuatan Najib yang digembar-gemburkan selama ini tidaklah setara mana
sebenarnya.
Kalangan
para penyokong Najib hanya kelihatan lega apabila akhirnya mendapati
sebaik Muhyiddin tiba di KLIA, beliau tidak membuat pengumuman apa-apa,
malah tidak bercakap pun dengan puluhan wakil media yang sedia menunggu.
Lebih
melegakan mereka ialah apabila mendapati orangramai yang menyambut
Muhyiddin hanyalah kira-kira 200 orang saja dan ia tidaklah melebihi
sambutan yang diterima Najib di kebanyakan acara meraih sokongan yang
diadakannya di pelbagai tempat sejak kebelakangan ini.
Menjelang
lewat malam tadi, para penyokong Najib seolah-olah telah mencapai
kemenangan kerana kebimbangan mereka Muhyiddin akan membuat sesuatu
pengumuman yang boleh menjejaskan masa depan "boss" mereka tidak
menjadi kenyataan akhirnya.
Ada
juga yang mengucapkan syabas kepada Muhyiddin kerana kononnya tidak
mudah melatah dengan provokosi yang ingin melaga-lagakannya dengan
Perdana Menteri.
Sekali
lagi, tanpa sedar mereka telah mengakui kedudukan Najib yang kian rapuh
itu telah diselamatkan hanya kerana Muhyiddin tidak membuat sesuatu
pengumuman yang mengejutkan sekembalinya dari luar negara.
Hanya
kerana provokasi kecil-kecilan dan mainan persepsi di media dan laman
sosial, penyokong Najib barangkali ada yang sudah hilang selera makan
dan tak lena tidur sejak semalam.
Sebenarnya
Muhyiddin memang tiada perancangan langsung membuat sesuatu keputusan
atau pengumuman yang mengejutkan sekembalinya daripada percutian malam
tadi. Jemputan menyambutnya hanyalah diedarkan kepada rakan, kenalan dan
para penyokongnya saja.
Ia
memang acara biasa setiap kali Muhyiddin pergi atau kembali dari luar
negara. Ia adalah sebagai tanda kemesraan dengan Timbalan Perdana
Menteri itu sejak sekian lama dan biasanya hanya diadakan secara
kecil-kecilan atau sederhana saja.
Mereka
yang menjadi penyokong atau biasa dengan Muhyiddin, tentu tahu bahawa
adalah lumrah menerima pesanan ringkas bagi sebarang acara yang
melibatkan Timbalan Perdana Menteri itu.
Para
penyokong dan mereka yang biasa dengan Muhyiddin juga tentunya arif
bahawa amat mustahil bagi Timbalan Perdana Menteri itu membenarkan
dirinya disambut secara besar-besaran dan kemudian disusuli pula dengan
membuat sesuatu pengumuman penting mengenai masa depannya.
Sejarah
politiknya sejak menjadi Menteri Besar Johor dan ketika mendesak Tun
Abdullah mempercepatkan perletakan jawatannya pada 2008 dahulu jelas
memperlihatkan Muhyiddin adalah seorang yang berhati-hati dan hanya
membuat keputusan penting jika keadaan benar-benar memihak kepadanya.
Hanya
kebetulan saja kembalinya beliau dari bercuti kali ini bertembung
dengan kehangatan isu politik negara dan baru beberapa hari pula Najib
memberi kata dua kepada anggota kabinetnya sama ada bersamanya atau
mengundurkan diri jika tidak bersetuju dengan pelan hala tuju yang
dibentangkan mengenai 1MDB.
Tetapi semua itu tidak sesekali membuatkan Muhyiddin perlu memberi reaksinya dengan segera.
Dalam
kemelut politik semasa, terutama berkaitan 1MDB dan kritikan Tun
Mahathir yang sedang menjadi isu besar dalam negara, sesuatu yang harus
difahami oleh para penyokong Najib ialah pendirian Muhyiddin tetap sama
dan tidak berubah berbanding sebelum ini meskipun tiada apa-apa
pengumuman dibuatnya sebaik kembali daripada bercuti bersama keluarganya
malam tadi.
Muhyiddin
tetap Muhyiddin yang dulu. Pendiriannya mengenai 1MDB tidak berubah,
begitu juga sikapnya terhadap teguran dan kritikan Tun Mahathir kepada
Najib tetap sama seperti dulu.
Tidak
disambut oleh puluhan ribu penyokong dan tidak bercakap dengan media,
tidak bermakna tiada apa-apa, jauh sekali menjadikan Muhyiddin tiba-tiba
berubah menjadi seorang "penakut" atau sanggup melutut kepada Najib.
Tidak
meletakkan jawatan sekarang tidak bermakna tidak berbuat demikian di
lain ketika, kekal dalam kabinet tidak juga bererti tidak boleh terus
berbeza pendirian.
Yang
nyatanya, penyokong Najib kena menunggu lagi dan akan terus
berdebar-debar menanti langkah Muhyiddin seterusnya.
Muhyiddin mengaminkan doa sebaik selamat tiba di KLIA...
Ini adalah antara ratusan yang menunggunya di KLIA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan