Khamis, 4 Jun 2015

Pengurus Sahkan Erra Fazira Kini Berhijab

RAKYATNEWS


Foto - Blackpepper Production
 

KUALA LUMPUR - Pengurus pelakon Erra Fazira yang dikenali sebagai Poji Samad mengesahkan pengacara Primadona itu sudah mula berhijrah dan berhijab penuh semalam sempena bulan Syaaban.

Poji Samad berkata niat untuk berhijab sudah lama diluahkan Erra Fazira kepadanya iaitu sejak setahun lalu lagi, namun keputusan berhijab kali ini adalah tetap dan sepenuhnya.

“Ya betul, Erra sudah berhijab penuh sejak semalam sempena bulan Syaaban. Dia sudah lama beritahu saya untuk berhijab dan meminta pandangan saya sejak setahun lalu.

“Saya ada beritahu dia kalau benar hendak berhijab biarlah dengan hati yang ikhlas tanpa pengaruh sesiapa dan sebagai pengurus saya menyokongnya,” katanya kepada memetik laporan murai.com.my.

Malah sejak Erra menyatakan hasratnya itu, Pojie menyedari Erra mula mendalami ilmu agama serta belajar mengaji al-Quran.

“Nampak perubahan dia sedikit demi sedikit sejak setahun yang lalu apabila dia mula menghadiri kelas agama serta belajar mengaji.

“Saya akan terus mendoakan dia tetapkan hatinya dan istiqomah dengan penghijarahannya itu,” ceritanya.

Terdahulu Erra dalam kenyataannya dalam sebuah akhbar dia meminta supaya penghijarahannya dipermudahkan.


Tiada ulasan: